Ujian Saringan Jangkitan Coronavirus (COVID-19) Online

By | April 3, 2020

Adakah anda berisiko dijangkiti wabak Novel Coronavirus atau COVID-19?

Kementerian Kesihatan Malaysia dgn kerjasama portal DoctorOnCall telah menyediakan satu halaman khas bg memudahkan rakyat Malaysia membuat ujian saringan penyakit tersebut.

Melalui ujian ringkas tersebut, anda blh tahu sama ada anda berisiko dijangkiti COVID-19 atau tidak.

Mengikut statistik terkini (11 Mac 2020) terdapat 149 kes Coronavirus di Malaysia.

26 daripadanya pulih. Tiada kematian dicatatkan sehingga kini.

Berbeza dgn negara-negara lain, angka pesakit COVID-19 naik dgn mendadak setiap hari.

Utk statistik terkini seluruh dunia, anda blh rujuk di sini.

Ujian Saringan Online

Sekiranya anda mempunyai simptom di bawah, segeralah berjumpa dgn doktor utk dapatkan pengesahan.

  1. Demam – Gejala ini tidak khusus hanya utk 2019 Coronavirus Novel spt yg anda ketahui. Demam blh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan spt jangkitan kuman, sakit, kanser dan byk lg. Demam blh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkiti dgn virus ini tetapi mungkin tidak dikesan oleh ramai orang jika suhu demam tidak terlalu tinggi. 
  2. Batuk – Seperti virus pernafasan lain spt virus influenza, pesakit dgn 2019 Novel Coronavirus juga biasanya mempunyai gejala batuk kerana virus itu blh menjangkiti saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan. 
  3. Sesak nafas – Ini adalah hasil jangkitan saluran pernafasan yg lebih rendah atau radang paru-paru. Sesak nafas tidak blh berlaku jika jangkitan hanya berada di saluran pernafasan atas spt hidung dan tekak. Ini adalah salah satu gejala penting yg perlu diberi perhatian utk orang yg berisiko tinggi terhadap jangkitan Novel Coronavirus 2019. 
  4. Sakit Badan – Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia blh berpunca oleh pelbagai faktor spt anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut spt jangkitan influenza. 
  5. Sakit Tekak – Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama utk Novel Coronavirus 2019.
  6. Sakit Kepala – Sesetengah pesakit mungkin mempunyai gejala ini dan ianya tidak diketahui mengapa ia blh berlaku. 

Seseorang yg telah dijangkiti COVID-19 hanya akan menunjukkan gejala / tanda-tanda di atas selepas 14 hari.

Namun sepanjang 14 hari itu, pesakit berpotensi menyebarkan penyakit tersebut.

Ujian saringan Coronavirus secara online blh dibuat di sini.

check covid-19 online

Baca juga: Ujian Saringan Autisme Seawal 16 Bulan

Rawatan & Pencegahan

Buat masa ini tiada rawatan khusus utk pesakit yg telah dijangkiti.

Namun, sbg langkah pencegahan KKM menasihati semua rakyat Malaysia agar kerap basuh tangan dgn air / sabun / hand sanitizer.

Selain itu, sila jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter drpd invidu yg mempunyai gejala batuk, demam dan bersin.

Tentang Coronavirus

Secara ringkasnya Coronavirus bukanlah penyakit baru.

Cuma pd awal penyebaran wabak 2019-nCoV, China melaporkan 27 rakyatnya dijangkiti virus penyakit misteri.

Kebanyakan mereka adalah drpd penjaja dan pelanggan di Pasar Huanan dan gejala mereka alami adalah spt keradangan paru-paru (Pneumonia).

Oleh sebab itu, pihak yg berkenaan telah menghentikan operasi pasar ini utk memulakan siasatan.

Kronologi Penyebaran COVID-19

Berikut adalah kronologi bagaimana berlakunya penyebaran wabak ini.

Rujukan dr Dr Sashini Seeni.

Januari 1, 2020

Berita palsu telah disebarkan atas talian tentang insiden ini bahawa virus yg baharu blh membawa maut dan menyebabkan ketakutan dlm rakyat China. Pihak polis telah menahan 8 orang utk disiasat.

Januari 3, 2020

Pihak kerajaan Wuhan telah memaklum bahawa 44 orang individu telah dijangkiti dlm wilayah ini dan mereka telah menyingkirkan kemungkinan virus lain spt SARS. 5 kes juga disuspek di Hong Kong.

Januari 7, 2020

Misteri telah dibongkar selepas para pakar telah mengesahkan penyakit ini adalah disebabkan oleh virus bawah keluarga Coronavirus, bernama sbg 2019-nCoV, jenis Coronavirus yg baru. Bilangan kes semakin menambah dan tiada kes kematian sampai sekarang.

Januari 9, 2020

Seorang lelaki tua yg berusia 61 thn yg mempunyai beberapa penyakit kronik telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit yg disebabkan oleh 2019-nCoV ini. Ini merupakan kes kematian yg pertama seluruh dunia ini. Selepas itu, China telah berkongsi data yg sedia ada tentang virus baru ini dgn negara yg lain supaya kes lain blh dikesan. 

Januari 13, 2020

Kes pertama di luar negara China telah disahkan di negara Thailand. 

Januari 16, 2020

Japan melaporkan kes pertama dlm negara. 

Januari 17, 2020

Kes kedua telah dijumpai di Thailand. Seorang lg penghuni Wuhan, lelaki tua yg berumur 69 thn telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit ini. 

Januari 18-19, 2020

Negara China telah mengesahkan sebanyak 198 kes, 126 kes adalah dr Wuhan sendiri. Saintis bermaklum bahawa virus ini blh dijangkiti dr manusia ke manusia. Kes kematian yg ketiga telah dilaporkan.

Januari 20, 2020

South Korea dan Taiwan telah melaporkan kes pertama dlm negara.

Januari 21, 2020

United States dan Singapore telah melaporkan kes pertama dlm negara. Word Health Organization (WHO) telah membentuk jawatankuasa kecemasan utk membincang tentang wabak ini. 

Januari 22, 2020

Jawatankuasa kecemasan ini telah menolak keputusan utk mengisytiharkan sbg “kecemasan kesihatan dunia”. Kerajaan China telah membatas perjalanan keluar dr Wuhan, melaksanakan darurat kesihatan. Sampai sekarang, sebanyak 600 kes telah disahkan di seluruh dunia dan kes kematian telah mencecah 17 orang. 

Januari 23, 2020

Kerajaan China telah melaksanakan darurat terhadap 3 bandar dan membatalkan semua aktiviti perayaan Thn Baru Cina. Mereka juga tidak menggalakkan pelancongan pd masa ini. Wabak ini telah sampai di Vietnam dan Macau. 

Januari 24, 2020

Kerajaan China telah meletakkan 8 bandar lg bawah pekeliling darurat di Wilayah Hubei yg melibatkan sebanyak 35 juta rakyat China. Pd masa ini, virus ini telah menjejak kaki dlm negara Perancis. 

Januari 25, 2020

Kerajaan Hong Kong telah membatalkan sekolah dan aktiviti awam sehingga Februari. Australia dan Malaysia turut melaporkan kes pertama jangkitan 2019-nCoV.

Januari 26, 2020

Kes jangkitan pd masa ini telah mencecah 2801 di seluruh dunia, merangkumi 461 kes yg serius dan 80 kes kematian. Demi mencari jawapan utk rawatan, ubat HIV telah diselidik utk melihat keberkesanan dlm rawatan. Pd masa yg sama, CDC China juga berusaha utk mencipta vaksin yg berkesan. 

Januari 27, 2020

Negara Germani, Kanada, Kambodia, dan Sri Lanka turut melaporkan kes pertama dlm negara mereka. Bilangan kes telah menambah dua kali ganda dan mencecah 4580 kes di seluruh dunia.

Januari 28, 2020

Thailand telah menjadi negara pertama selain China yg melebihi 10 kes. Pd masa ini, belum terdapat kes kematian di luar China.

Januari 29, 2020

Finland dan United Arab Emirates telah melaporkan kes pertama mereka. Beberapa negara telah menghentikan kesemua penerbangan ke dan dr China. 

Januari 30, 2020

WHO telah mengisytiharkan wabak ini sbg “krisis kecemasan kesihatan awam global”. Pd masa yg sama, India dan Filipin juga melaporkan kes pertama mereka.

Januari 31, 2020

Hingga masa kini, 9791 kes telah disahkan dan kes kematian telah mencecah 213 orang di seluruh dunia. Namun, adanya berita baik di mana 187 orang sembuh drpd jangkitan 2019-nCoV ini.

Februari 2, 2020

Kes kematian pertama di luar negara China telah berlaku di Filipin di mana seorang lelaki berusia 44 thn, warga China yg diwadkan di hospital Filipin. Kerajaan Filipin telah membatas pelancong dr China, Hong Kong dan Macao, serta melaksanakan kuarantin pd orang tempatan. Kes jangkitan telah mencecah 17446 orang dan kes kematian telah capai 362 orang. 

Februari 3, 2020

Kerajaan China telah menggunakan ubat yg digunakan utk rawatan Ebola, Ramdesivir utk wabak kali ini. Selain itu, Hospital HuoShenShan juga berjaya dibina dlm jangka masa 10 hari dan mulai beroperasi.

Februari 4, 2020

Hong Kong telah melaporkan kes kematian yg pertama dan ini merupakan kes kematian yg kedua di luar China. Belgium turut melaporkan kes pertama dlm negara mereka.

Februari 5, 2020

10 orang dikesan positif Coronavirus dlm kapal pesiar Yokohama, Japan. Sehingga sekarang, kes jangkitan telah mencecah 28274 dan 565 kes kematiannya.

Februari 7, 2020

61 orang telah disahkan positif dgn 2019-nCoV dlm kapal pesiaran Yokohama, Japan, menambahkan kes positif di Japan sehingga 86. 

Februari 9, 2020

Kes kematian 2019-nCoV telah mencecah 800, lebih byk drpd kes kematian semasa wabak SARS pd thn 2003.

Februari 11, 2020

WHO telah memberi nama rasmi utk virus ini, iaitu COVID-19. Wabak ini telah mengambil sebanyak 1000 nyawa. 

Februari 12, 2020

Kerajaan Malaysia dinasihati utk bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya penyebaran wabak yg lebih luas. Jumlah kes di seluruh dunia adalah sebanyak 44, 787 orang melibatkan 25 buah negara dan 1,112 jumlah kematian.

Februari 13, 2020

Satu kes baharu Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) disahkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yg dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 19. Dakwaan kes jangkitan Covid-19 dimasukkan ke hospital Pulau Pinang disahkan palsu.

Februari 14, 2020

Empat individu yg dijangkiti COVID-19 telah dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes COVID-19 yg telah sembuh dan dibenarkan pulang adalah sebanyak tujuh dr 19 kes yg disahkan. Selain itu tiada pertambahan kes dilaporkan. Peningkatan mendadak jumlah kes positif COVID-19 di China disebabkan perubahan definisi kes positif COVID-19 bg Wilayah Hubei.

Februari 15, 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua pertambahan kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID19 yg dilaporkan adalah sebanyak 21 kes. Jumlah kes yg dilaporkan adalah sebanyak 66,938 kes melibatkan 25 buah negara dan 1,523 jumlah kematian.

Februari 16, 2020

KKM memaklumkan 1 kes telah sembuh dan dibenarkan utk pulang ke rumah dan tiada kes baru yg dicatatkan di Malaysia menjadikan jumlah kes di Malaysia seramai 14 orang dan jumlah kes yg telah discaj adalah sebanyak 8 orang. Jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 69,186 kes dan melibatkan 1,669 jumlah kematian di seluruh dunia.

Februari 17, 2020

KKM memaklumkan satu kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Tiada kes terbaru di Malaysia. Daripada 22 kes COVID-19 yg dikenalpasti di Malaysia, 9 pesakit telah pulih & discaj drpd wad. Sementara itu, Singapura mengesahkan 2 lg kes baharu, dan Thailand mengesahkan satu kes baharu COVID-19. Taiwan mencatatkan kematian pertama akibat COVID-19.

Februari 18, 2020

Semua 107 rakyat Malaysia dan ahli keluarga yg dibawa pulang dr Wuhan akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 2 drpd mereka yg positif COVID-19 telah dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 22 orang dan 11 pesakit telah discaj drpd wad di Malaysia.

Februari 19, 2020

KKM memaklumkan 2 lg kes telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini menjadikan jumlah kes yg telah pulih sepenuhnya kepada 15 orang dan hanya tinggal 7 kes yg masih dirawat di wad. Setakat ini, jumlah kes di seluruh dunia adalah sebanyak 75,201 kes membabitkan 26 negara dan 2,012 jumlah kematian.

Februari 20, 2020

KKM memaklumkan yg dua (2) lg kes telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dan tiada kes terbaru yg dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes di Malaysia adalah sebanyak 22 kes, 17 telah pulih sepenuhnya dan hanya 5 kes yg masih dirawat di hospital.

Info lanjut tentang wabak Coronavirus sila baca di portal WHO.