Tular Di Jepun, Cara Masak Nasi Bersama Ayam Goreng Tepung Ini Menarik Untuk Dicuba

By | April 3, 2020

Istilah hidangan nasi ayam setiap negara berbeza spt di Malaysia, nasi ayam terdapat dua versi iaitu versi Melayu (ayam digoreng selepas direbus) dan versi Cina (ayam direbus).

Bagaimana jika nasi dimasak dgn ayam goreng tepung? Ia adalah nasi yg dimasak dlm periuk nasi dan diletakkan bersama dgn ayam yg sudah dimasak. Teknik unik dan kreatif ini telah mendapat perhatian netizen Jepun dan sememangnya mudah utk dicuba.

Resepi ini semestinya sangat berguna utk pelajar dan mereka yg bujang kerana ringkas dan cepat.

Resepi Nasi Ayam Goreng Jepun
Source: GetNews

Nasi Ayam Goreng Tepung Cara Unik Orang Jepun

1. Gunakan apa-apa beras, basuh spt biasa dan masukkan ke dlm periuk nasi (rice cooker). Masukkan air spt yg anda selalu masak kemudian masukkan ayam goreng tepung atau apa-apa ayam goreng dr restoran segera di atasnya. Tambah sedikit kicap cair dan stok ayam utk rasa yg lebih padu.

Resepi Nasi Ayam Goreng Jepun
Source: GetNews

2. Selepas nasi sudah masak, buka periuk nasi dan ambil ayam tadi utk asingkan isi ayam dgn tulang.

Resepi Nasi Ayam Goreng Jepun
Source: GetNews

3. Kemudian, gaulkan isi ayam dgn nasi. Utk lebih membangkitkan selera, perasakan dgn garam dan lada hitam sebelum mkn.

Resepi Nasi Ayam Goreng Jepun
Source: GetNews

Rempah dr ayam goreng tepung itu telah diserap ke dlm nasi membuatkan rasanya lebih lazat. Tapi, bergantung kepada bahagian ayam mana yg dimasak itu.

Jika hidangan ini terasa terlalu ringkas, blh variasikan hidangan dgn menambah sedikit halia, bawang putih yg dicincang dan buah tomato.

Selamat mencuba!

Source: GetNews