Seperti Di Wuhan, Pasar Di Indonesia Juga Menjual Haiwan Eksotik Dan Lebih Ekstrem

By | April 3, 2020

Semenjak penularan wabak koronavirus yg dilaporkan bermula di sebuah pasar di wilayah Wuhan yg dikesan menjual haiwan liar secara haram, kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan tersebut bukan sahaja di pasar malah turut dikenakan restoran dam semua platform e-dagang.

Wabak yg semakin mengganas menular itu menyebabkan media sosial dibanjiri dgn pendedahan kegiatan pasar basah yg menjual makanan eksotik sehingga menimbulkan kemarahan netizen seluruh dunia.

Dlm pd itu, turut ditularkan sebuah pasar basah yg seakan sama dgn pasar di Wuhan yg mana turut menjual pelbagai daging haiwan liar spt kelawar, kucing, tikus hutan, ular, anjing, babi hutan, monyet bahkan orang utan.

Mengejutkan, pasar itu terletak di daerah Sulawesi, Indonesia dan lebih ekstrem kerana turut membunuh haiwan-haiwan itu di hadapan pengunjung. Menurut source, ia diceritakan sendiri oleh seorang ahli biologi yg sudah bersuara tentang pengalamannya melawat Pasar Tomohan itu.

Pasar Haiwan Eksotik Indonesia Lebih Ekstrem
Source: Holamigo

Turut dikatakan Pasar Tomohan disenaraikan sbg tempat menarik yg perlu dikungjungi di TripAdvisor sehingga kempen kebajikan haiwan membuat aduan dan menurunkan pasar itu dr senarai tersebut.

Menurut seorang penduduk Tomohan, di daerah itu sukar mendapatkan makanan menyebabkan mungkin sebahagian drpd mereka memakan haiwan liar sbg source makanan.

Salah satu menu masakan eksotik yg dipuji seorang Youtuber apabila mengunjungi pasar itu ialah menu kelawar masak lemak – menu popular di Sulawesi Utara. Menurut masyarakat di situ, bahagian paling enak dimakan ialah kulit disekeliling kepala kelawar serta lidahnya.

Pasar Haiwan Eksotik Indonesia Lebih Ekstrem

Bagaimanapun pasar Tomohon yg dibuka Isnin sehingga Sabtu telah ditutup oleh pihak berkuasa susulan wabak koronavirus dan telah dilaksanakan sebelum wabak itu merebak.

Source: FMT, Sinar Harian