Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

By | April 3, 2020

Ramai yg menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Pakej PRIHATIN merangkumi 3 matlamat utama iaitu:

  1. Matlamat 1 – Lindungi Rakyat
  2. Matlamat 2 – Sokongan Perniagaan
  3. Matlamat 3 – Perkukuh Ekonomi

Kerajaan memperuntukkan RM250 bilion di bawah pakej ini.

Daripada jumlah tersebut, hampir RM128 bilion akan disalurkan utk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion utk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion utk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dlm pakej rangsangan sebelum ini.

Matlamat 1 – Lindungi Rakyat

Berikut antara ringkasan bantuan-bantuan yg diumumkan tadi:

  1. Tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan utk pembelian peralatan dan perkhidmatan utk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan drpd perkhidmatan kesihatan swasta.
  2. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bg setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yg diarahkan oleh KKM utk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
  3. Penangguhan bayaran insurans / takaful selama 3 bln.
  4. Elaun khas doktor / kakitangan perubatan dinaikkan dr RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April.
  5. Elaun khas RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA dibayar mulai 1 April sehingga COVID-19 berakhir.
  6. Bantuan Prihatian Nasional utk golongan B40, M40 dan bujang.
  7. Baki Bantuan Sara Hidup dibayar Julai 2020.
  8. Bantuan RM200 kepada pelajar IPT.
  9. RM25 juta bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan utk warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal.
  10. Penangguhan bayaran balik PTPTN dan PTPTK dr 3 bln kepada 6 bln.
  11. Bayaran RM50 sehari melalui mySalam kepada B40 yg dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.
  12. Pengeluaran pra-persaraan dr akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga jumlah RM1,500 bg setiap ahli.
  13. Pengecualian pembayaran sewa bg PPR selama 6 bln.
  14. Penangguhan pembayaran bulanan bg unit-unit sewa utk milik (RTO) selama 6 bln.
  15. Pengecualian sewa bg semua premis kerajaan spt kantin sekolah, taska, kafeteria, dan kedai serbaneka selama 6 bln.
  16. Diskaun bil elektrik secara berperingkat antara 15% sehingga 50% bermula 1 April selama 6 bln.
  17. Internet percuma kepada semua pelanggan perkidmatan telekomunikasi bermula 1 April sehingga PKP tamat.
  18. Pelaburan RM400 juta utk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.
  19. Bantuan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk pekerja kontrak pd April.
  20. Bantuan RM500 kepada pesara kerajaan pd April.
  21. RM1 bilion Dana Jaminan Makanan.
  22. RM100 juta bg menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  23. Dana khas antara RM100,000 sehingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan.
  24. Program Subsidi Upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bln utk pekerja yg berpendapatan di bawah RM4,000 dgn jaminan tiada pemberhentian kerja selama tempoh tersebut.
  25. Bayaran RM500 utk pemandu e-hailing.
  26. Bantuan RM600 utk pemandu teksi.
  27. Kerajaan bersetuju utk membayar gaji yg ditanggung oleh kontraktor yg terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

Matlamat 2 – Sokong Perniagaan

  1. Tambahan RM3 bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Asas (SRF) utk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%.
  2. Tambahan RM1 bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi utk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.
  3. Tambahan RM500 juta di bawh Skim Kredit Mikro dgn kadar faedah 2% tanpa cagaran.
  4. Pembiayaan sehingga RM300 ribu utk PKS yg mempunyai rekod perniagaan kurang drpd 4 thn bawah skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC).
  5. Kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bg syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
  6. Program Khidmat Rundingan Majikan bawah KWSP yg merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
  7. Mengecualikan pambayaran levi Tabung Pembangunan Source Manusia (HRDF) bg semua sektor selama 6 bln mulai April 2020.
  8. Penangguhan pembayaaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS selama 3 bln mulai 1 April.
  9. Pendapatan pihak bank dr faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yg terlibat dgn penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.
  10. Moratorium pembayaran pinjaman diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yg memberi pinjaman keapda PKS mulai 1 April.
  11. Membantu usahawan B40 di bawah program kewangan sosial dlm bentuk modal permulaan dgn pembiayaan mikro pd kadar berpatutan.
  12. Skim jaminan berjumlah RM50 bilion dgn jaminan sehingga 80% bg tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja.

Matlamat 3 – Perkukuh Ekonomi

  1. Pelaksanaan projek kecil yg mempunyai kesan pengganda yg tinggi dan mengekalkan pekerjaan dgn peruntukan RM2 bilion bg membantu kontraktor kelas G1 sehingga G4.
  2. Memastikan pelaksanaan projek yg diperuntukkan dlm Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara.
  3. Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion utk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan.
  4. Dua bln gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
  5. Semua Kementerian akan mengkaji semua belanjawan utk mencari penjimatan agar peruntukan blh digunapakai menampung langkah menangani wabak virus ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Apa pendapat anda tentang PRIHATIN ini?

Adakah anda bersyukur dgn inisiatif kerajaan dlm meringankan beban rakyat menharungi musim wabak yg semakin merisaukan ini?

Jom kongsikan pendapat anda di bawah.