Senarai Bantuan COVID-19 Untuk Rakyat Terjejas

By | April 3, 2020

Berikut dikongsikan senarai bantuan COVID-19 utk rakyat yg terjejas terutama apabila PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Apa yg dikongsikan adalah bantuan rasmi spt yg diumumkan oleh Perdana Menteri.

Utk maklumat lanjut anda blh rujuk portal rasmi Kementerian masing-masing.

1. Diskaun Bil Elektrik

Mulai 1 April rakyat Malaysia bakal menikmati diskaun bil elektrik selama 6 bln.

Berita ini diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Source Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pd 25 Mac 2020.

Katanya, kerajaan bersetuju utk memberi diskaun 15 peratus bg penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih iaitu hotel; agensi pengembaraan dan pelancongan; kompleks membeli-belah; pusat konvensyen; taman tema; dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Manakala semua pengguna domestik dlm kategori domestik atau rumah kediaman turut menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian dua peratus bg tempoh yg sama.

2. Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

PTPTN dlm satu kenyataan media memaklumkan kesemua peminjam mereka bakal menikmati penangguhan bayaran balik selama 6 bln.

Penangguhan yg diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yg sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bg tempoh penangguhan ini sebanyak RM750 juta.

3. Penangguhan Bayaran Balik MARA

Selain PTPTN, MARA turut mengumumkan moratorium / penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran (3 bln) serta pembiayaan perniagaan selama 6 bln.

MARA turut memberikan diskaun 30% kepada penyewa di premis mereka.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.mara.gov.my atau hubungi MARA Call Center 03-2613 2000.

4. Bantuan Khas NADMA

Agensi Pengurusan Bencana atau NADMA pula menyediakan bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bg Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yg dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) utk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dlm tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bg kes yg berulang. 

5. Bayaran Bantuan JKM Dipercepat

JKM pula mempercepatkan bantuan mereka dr April ke bln Mac melibatkan 500,000 orang penerima.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dlm kenyataannya berkata, bantuan tersebut sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal drpd tarikh sepatutnya melibatkan kos sebanyak RM150 juta.

6. Bantuan RM600 PERKESO

PERKESO melalui program pengekalan pekerjaan (ERP) mereka menyediakan bantuan sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yg terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kesan ekonomi akibat COVID-19.

Bantuan ini hanya utk mereka yg bergaji bulanan RM4,000 ke bawah sahaja termasuk pekerja sambilan yg mencarum SIP.

7. Pengeluaran RM500 Sebulan KWSP Akaun 2

Kerajaan kini membenarkan pencarum KWSP utk mengeluarkan RM500 sebulan dr akaun 2 melalui program i-Lestari KWSP.

Inisiatif ini tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bln membabitkan pencarum bawah usia 55 thn.

Utk info lanjut, anda blh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my

8. Penangguhan Bayaran Cukai

Lembaga Hasil Dlm Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bg tempoh enam bln bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

Penangguhan itu adalah bg pembayar cukai di bawah sektor pelancongan spt agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan, berikutan kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) utk menangani impak ekonomi kesan drpd wabak Covid-19.

9. Penangguhan Bayaran Ansuran Bank

Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, utk tempoh enam bln.

Moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

10. Bantuan Zakat

Beberapa pusat zakat negeri turut mengumumkan bantuan bg membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Antaranya Zakat Selangor dan Perlis.

Peruntukan bantuan khas ini khusus utk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yg terjejas source pendapatan susulan pengumuman PKP pd 18hb Mac 2020, agar mereka dpt meneruskan kelangsungan hidup dlm tempoh ini.

11. Lain-Lain Senarai Bantuan COVID-19

Lain-lain bantuan akan diumumkan dr semasa ke semasa.