Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM 2020

By | April 3, 2020

Tahukah anda melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM bg thn 2020, pelajar sekolah bakal menerima bantuan sehingga RM500 dan pelajar IPT pula sehingga RM1,000.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yg diperlukan.

Anda juga blh menderma ke tabung ini. Setiap derma akan mendapat pengecualian cukai pendapatan atas nama “Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM”.

Inspirasiku YaPEIM 2020

Antara matlamat utama dana ini ialah:

  • Utk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 utk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yg berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dlm menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  • Selari dgn Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yg disasarkan di bawah United Nations yg bertujuan memberikan pendidikan yg berkualiti supaya dpt meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yg inklusif
  • Platform kepada masyarakat utk menyumbang bg tujuan pendidikan dlm kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia

Permohonan blh dibuat secara online bermula Disember thn lps sehingga tarikh tutup 31 Januari 2020.

Utk permohonan secara manual, borang permohonan blh didapati di sini:

  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
  • Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM “yapeim.my”

Permohonan kategori pelajar sekolah hendaklah diisi oleh ibu bapa atau penjaga. Manakala bg permohonan bantuan IPT blh diisi blh pelajar sendiri.

Dan menariknya bantuan ini tidak dihadkan utk seorang anak sahaja.

Setiap keluarga layak memohon lebih dr satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan.

Dan sekiranya anda pernah dpt Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda masih blh memohon kali kedua dan seterusnya sekiranya masih layak.

Borang Permohonan Pelajar IPT
Borang Permohona Pelajar Sekolah

Borang yg lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel inspirasiku@yapeim.my

Antara syarat am permohonan:

  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia 
  • Mendapat surat tawaran pengajian dr sekolah/ IPT di dlm dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan ini ialah:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan drpd pihak sekolah 
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dana ini, sila hubungi nombor +603 2717 2717 atau emel ke inspirasiku@yapeim.my

Semakan Status Permohonan

Semakan status permohonan YaPEIM blh dibuat bermula hari ini, 16 Mac 2020 di portal rasmi yapeim.my

semakan yapeim

Rujukan: eCentral