Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2020 SK / SMK

By | April 3, 2020

Semakan slip peperiksaan pelajar kini blh dibuat secara online melalui portal SAPS Ibu Bapa 2020 atau dikenali sbg Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA).

Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bg memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.

Namun utk makluman semua sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar spt UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Ibu bapa yg ingin mendapatkan contoh-contoh soalan (past year questions) UPSR, PT3, SPM atau STPM sila download dr channel Telegram kami di sini https://t.me/pastyearquestions

Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yg diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.

Perhatian ibu bapa penerima Bantuan Sara Hidup, sila semak status BSH 2019 anda di portal rasmi bsh.hasil.gov.my. Pembayaran fasa pertama akan dibuat 28 Januari 2019.

Semakan SAPS Ibu Bapa 2020

Utk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:

  1. Layari portal SAPS Ibu Bapa atau click link berikut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan click “Cari”
  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
  4. Klik butang “Semak”
  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar

SAPS NKRA

saps ibu bapa 2018

Utk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas utk rujukan ibu bapa.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Masalah Login SAPS

Terdapat beberapa aduan tentang masalah tak blh login SAPS Ibu Bapa.

Masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.

Kesilapan huruf besar/kecil bg ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak blh login ke sistem SAPS NKRA.

Cara paling pantas utk selesaikan masalah ini dgn menghubungi HELPDESK.

Utk makluman ibu bapa, pengguna tidak blh mengubah ID atau password.

Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja blh menukar ID atau password pengguna dgn melakukan langkah-langkah spt di bawah:

tukar password saps ibu bapa

Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah spt nombor kad pengenalan pelajar tidak dpt akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.

Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bg memaklumkan masalah tersebut.

GK hendaklah menyemak nombor KP dgn dokumen sokongan (KP/sijil lahir).

Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.

SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dgn cara spt berikut:

saps apdm
sistem apdm
apdm

Kemaskini 18 Jun 2018: Sistem SAPS Ibu Bapa ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan berikutan dakwaan pencerobohan ke atas sistem berkenaan yg diterima 10 Jun lps.

Penutupan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dlm satu sidang media baru-baru ini.