Semak Kelayakan Dekoder MYTV Percuma Untuk Penerima BSH 2020

By | April 3, 2020

Tahukah anda sbg penerima BSH 2020 anda layak utk menerima set dekoder MYTV percuma.

Semakan blh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting di sini.

Selain pemberian dekoder ini, penerima BSH juga akan menikmati subsidi petrol bermula awal thn depan.

Melalui dekoder ini, anda blh menonton siaran digital myFreeview yg menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Pemberian dekoder MYTV bernilai RM300 secara percuma ini melibatkan 2 juta penerima BSH terutama mereka yg tinggal di kawasan yg sukar mendapat siaran analog.

Sekiranya anda layak, pihak MYTV akan menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda.

Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda blh memasang dan mengaktifkannya utk menerima Siaran Digital myFreeview dgn PERCUMA.

300 Ribu Dekoder Tambahan Utk B40 & OKU

Terbaru Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan penambahan sebanyak 300 ribu set dekoder MyFreeview utk golongan B40 dan OKU.

Pengagihan telah bermula pd 15 Feb di Kuching, Sarawak. Selepas pengagihan di Kota Kinabalu, @SKMM_MCMC akan meneruskan pengagihan ini di Miri (26-28 Feb), Bintulu (1-2 Mac) dan Sibu (7-8 Mac).

Siaran myFreeview

Antara saluran yg ditawarkan dlm myFreeview termasuklah:

  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel

Selain TV, myFreeview turut menawarkan saluran radio spt:

  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

Lebih byk siaran akan ditambah dr semasa ke semasa tanpa sebarang caj.

Pemasangan Dekoder MYTV

Utk makluman, siaran TV analog akan ditamatkan sekitar bln Mac 2019.

Selepas ini Malaysia akan beralih kepada siaran digital sepenuhnya dan pihak MYTV Broadcasting akan mengedarkan dekoder kepada penerima secara berperingkat bermula Januari 2019 melibatkan 2 juta penerima BSH.

Antara kelebihan siaran digital ialah:

  • Resolusi gambar yg lebih jelas
  • Audio yg berkualiti tinggi
  • Tanpa bayaran bulanan
  • Penambahan perkhidmatan dan siaran TV

Set dekoder ini blh dibeli secara online pd harga sekitar RM184 – RM299 atau drpd mana-mana wakil penjual berhampiran anda.

Cara Mengakses myFreeview

Berikut cara-cara utk mengakses siaran digital myFreeview.

#1 – Dekoder MYTV

Sekiranya anda menggunakan set TV biasa, anda perlukan dekoder MYTV utk mengakses siaran digital myFreeview.

Anda perlu sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pd terminal aerial TV anda.

#2 – IDTV

Sekiranya anda menggunakan IDTV, anda hanya perlu sambungkan aerial UHF pd terminal aerial IDTV anda.

Sekiranya masih gagal mengakses siaran digital ini anda blh hubungi mana-mana pemasang berdaftar berhampiran anda.

Utk maklumat lanjut anda blh layari portal rasmi MYTV Broadcasting di http://www.mytvbroadcasting.my