Resepi Dorayaki Versi Original Dan Oreo, Pastinya Gebu Dan Mudah

By | April 18, 2020

Sejak kecil lg, kita mengenali kuih dorayaki bermula drpd animasi Jepun Doraemon. Kuih mirip pankek ini sebenarnya kuih tradisional Jepun (wagashi) sejak zaman dahulu, berbentuk bundar, sedikit tembam dan terdiri drpd dua lapis kuih yg dilekatkan dgn mentega kacang merah.

Nama ‘dorayaki’ adalah gabungan dr perkataan Jepun, ‘dora’ membawa maksud gong dan ‘yaki’ bermaksud panas kering. Nama ini dipercayai diberikan kerana persamaan bentuknya kepada perkusi gong logam, Japantimes.

Walaupun asal usul dorayaki dipercayai berasal dr zaman kuno, dorayaki dgn bentuk spt pankek hanya terkenal pd awal abad ke-20. Semasa Zaman Edo (1603-1867), dorayaki dikenali sbg kek lipat spt omelet atau sandwic pucat bulat, dgn adunan yg lebih nipis.

Di Malaysia, makanan ringan ini mulai diperkenalkan di dlm anime Doraemon. Watak robot Doraemon mempunyai kegemaran memakan dorayaki. Dorayaki yg dijual di kedai-kedai Malaysia kebanyakannya sudah disesuaikan dgn selera tempatan spt dorayaki berisi coklat dan kaya.

Di sini, Makanlena ingin kongsikan dua resepi dorayaki iaitu versi original dan oreo. Resepi ini pastinya membuatkan dorayaki anda gebu dan lazat! Mudah sahaja bahan-bahan yg diguna.

Dorayaki original

Resepi Dorayaki Oreo

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/4 cawan gula
1 sudu madu
1/2 sudu kecil tepung penaik
1 cawan tepung gandum
3-4 sudu susu segar
Garam
Nutella

Cara membuat:

1. Masukkan 2 biji telur ke dlm mangkuk. Kemudian masukkan 1/4 cawan gula dan 1 sudu madu dan kacau bahan-bahan tersebut.
2. Kemudian tambahkan 1/2 sudu kecil tepung penaik, 1 cawan tepung gandum dan kacau lg.
3. Seterusnya, ,asukkan 3 sehingga 4 sudu susu segar. dan tambah sedikit garam, kacau sehingga sebati.
4. Panaskan kuali (non-stick pan) dan selaraskan ke api kecil. Tuang 1 senduk adunan tadi dan bentukkan bulat spt dorayaki.
5. Tunggu sehingga nampak buih lubang-lubang pd permukaannya. Kemudian terbalikkan posisi dorayaki.
6. Apabila sudah keperang-perangan, angkat dan isikan intinya dgn Nutella dan apitkan.

Resepi ini juga blh digantikan dgn inti pelbagai jenis jem, mentega kacang merah, kaya dan lain-lain.

Dorayaki oreo

Resepi Dorayaki Oreo

Bahan-bahan:

1 paket oreo original
1 biji telur
3/4 sudu teh tepung penaik
85ml susu coklat
50gm whipping cream

Cara membuat:

1. Pisahkan biskut oreo dgn krimnya. Kisarkan biskut, tepung penaik, telur dan susu coklat sehingga adunan halus kemudian ketepikan.
2. Panaskan kuali (non-stick pan), sapu sedikit minyak. Tuangkan adunan oreo di atasnya.
3. Tunggu sehingga nampak buih lubang-lubang pd permukaannya. Kemudian terbalikkan posisi dorayaki.
4. Apabila sudah masak, sapukan dorayaki dgn krimnya.

Cara membuat krim:

Kisarkan krim yg dipisahkan dgn biskut oreo tadi, whipping cream dan sedikit air sehingga adunan kembang. Simpan di dlm peti sejuk dahulu baru sapu pd dorayaki.

Selamat mencuba!