Proses Penamaan KWSP & Pengeluaran Kematian (Tiada Penama)

By | April 3, 2020

Tahukah anda lebih 10 juta akaun KWSP tiada penama.

Ini menyukarkan proses pembahagian faraid sekiranya pemilik akaun meninggal dunia.

Berikut dikongsikan secara lebih terperinci tentang proses penamaan KWSP.

Utk makluman, KWSP tidak blh dihibahkan.

Penama hanyalah orang yg bertanggungjawab sbg pemegang amanah. Bukannya pemegang mutlak duit tersebut.

KWSP perlu difaraidkan spt biasa.

Sekiranya terjadi masalah spt wang KWSP tidak diagihkan kepada waris, maka waris blh memohon sijil faraid di mahkamah syariah seterusnya menghantar sijil tersebut kepada penama yg gagal mengagihkan duit tersebut.

Namun sekiranya masih tiada tindakan diambil, maka waris blh menfailkan saman di mahkamah sivil utk menuntut jumlah yg dituntut tersebut.

Utk maklumat lanjut tentang proses undang-undang faraid KWSP anda dinasihatkan merujuk peguam yg lebih bertauliah.

Proses Penamaan KWSP

Antara kepentingan membuat penamaan KWSP adalah supaya waris dpt memendekkan proses pengeluaran KWSP.

Selain itu, waris juga dpt mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga spt Pejabat Tanah / Mahkamah.

Dan yg paling utama supaya waris dpt mewarisi duit KWSP anda.

Siapa yg layak menjadi penama?

  • Berumur 18 thn ke atas
  • Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

Penamaan blh dibuat dgn melengkapkan borang KWSP 4 dan dihantar ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

Antara dokumen lain yg diperlukan termasuklah:

  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan Tentera
  • Salinan passport (bukan warganegara)
  • Salinan MyKad penama-penama

Pemegang akaun blh menamakan sesiapa sahaja yg memenuhi syarat di atas.

Pemegang akaun juga blh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) bg menguruskan 100% bahagian simpanan ahli.

Bagaimana Jika Tiada Penama?

Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematiannya, maka waris yg layak blh memohon pengeluaran kematian di pejabat KWSP.

Waris juga layak mendapat bantuan kematian sebanyak RM2,500 sekiranya memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Ahli yg telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yg mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dlm tempoh 6 bln dr tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 thn
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Siapa yg layak memohon jika tiada penama?

Sekiranya ahli telah berkahwin, maka balu/duda ahli,
anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka layam memohon.

Sekiranya ahli belum berkahwin, ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusak layak memohon pengeluaran kematian ini.

Berikut apa yg blh dikeluarkan dr akaun ahli yg tiada penama:

Semakan Maklumat Penamaan

Bg yg kurang pasti / lupa siapa penama yg telah didaftarkan, anda blh menyemak semula melalui iAkaun KWSP atau dgn mengunjungi mana-mana pejabat KWSP berhampiran.

Pembatalan Penamaan

Berikut adalah sebab-sebab penamaan terbatal.

Utk ahli beragama Islam:

  1. Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
  2. Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  3. Ahli membuat penamaan baru dgn mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
  4. Penama belum mencapai umur 18 thn ketika permohonan pengeluaran kematian di buat oleh penama/waris
  5. Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dlm tempoh satu (1) thn dr tarikh kematian ahli
  6. Utk penamaan yg dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Thn (kesemua simpanan) pd atau sebelum 1 Februari 2008

Utk bukan Islam:

  1. Penama/Penama-penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
  2. Mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  3. Ahli membuat penamaan baru dgn mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
  4. Utk penamaan yg dibuat sebelum 1 Februari 2008, penamaan akan TERBATAL, sekiranya ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Thn (kesemua simpanan) pd atau sebelum 1 Februari 2008

Sebarang pertanyaan lanjut tentang proses penamaan KWSP blh rujuk pegawai bertugas.

Maklumat ini adalah maklumat rasmi yg terdapat di portal KWSP.