Program Subsidi Upah PERKESO Pakej Prihatin PKS

By | April 6, 2020

Berikut maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yg diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Prihatin PKS.

Program ini diperkenalkan sbg langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP.

Sebelum ini, Kerajaan hanya mempertuntukkan RM600 bg setiap pekerja, namun hari ini subsidi upah dinaikkan kepada RM1,200 (bergantung kepada bilangan pekerja sesebuah syarikat).

Maklumat lanjut adalah spt berikut:

  • Bg syarikat yg mempunyai pekerja lebih drpd 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bg setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yg layak utk menerima subsidi akan ditingkatkan drpd 100 orang kepada 200 orang pekerja.
  • Bg syarikat yg mempunyai bilangan pekerja 76 sehingga sehingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bg setiap pekerja.
  • Bg syarikat yg mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bg setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih byk manfaat dan bantuan.

Bg majikan yg memilih utk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan utk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya utk tempoh 6 bln, iaitu dlm tempoh 3 bln semasa menerima subsidi upah dan 3 bln selepas itu.

Bg yg tertanya-tanya apakah perbezaan ERP berbanding Wage Subsidy, berikut penjelasan dr PERKESO:

ERP adalah bantuan RM600 yg dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka bg tempoh maksimum 6 bln. Manakala Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yg dibayar kepada majikan bg setiap pekerja mereka (terhad kepada 200 orang) bg tempoh maksima 3 bln.

Secara ringkasnya, ERP adalah utk pekerja yg diberi notis cuti tanpa gaji.

Manaka program subsidi upah adalah utk majikan yg masih mahu mengekalkan pekerja mereka.

Syarat Kelayakan

  • Program ini hanya utk pekerja yg telah berdaftar dan mencarum di dgn Sistem Insurans Kerjaya PERKESO (EIS).
  • Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
  • Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gajisedia ada pekerja semasa menerima bantuan bg tempoh 3 bln tersebut dan 3 bln berikutnya.
  • Pekerja yg bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada100 orang sahaja bg setiap majikan terbuka kepada semua sektor.

Pembayaran Program Subsidi Upah PERKESO

Program ini mula berkuatkuasa pd 1 April 2020.

Pembayaran perlu diuruskan oleh majikan sendiri dlm tempoh 7 hari selepas menerima bayaran dr PERKESO.

Perlu diingatkan hanya majikan layak memohon bantuan ini melalui portal rasmi perkeso.gov.my

Pekerja hanya blh memohon bantuan lain yg disediakan oleh Kerajaan spt BPN atau pengeluaran i-Lestari RM500 sebulan.

Dokumen Diperlukan

Berikut senarai dokumen yg perlu disediakan oleh majikan bg memohon Program Subsidi Upah.

  1. Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
  2. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  3. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  5. Akuan Pengisyitharan PSU50
  6. Bukti sokongan adalah spt penyata kewangan atau laporan jualan yg telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

Senarai Tidak Layak Wage Subsidy

PERKESO telah memaklumkan bahawa program ini bukan utk semua pekerja.

Berikut senarai mereka yg tidak layak menerima bantuan ini:

  1. Majikan dan pekerja yg belum berdaftar atau mencarum denganSIP PERKESO;
  2. Pekerja yg sama yg telah mendapat bantuan kewangan ERPpada bln yg sama;
  3. Pekerja yg bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  4. Pekerja yg telah diberhentikan kerja;
  5. Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
  6. Mereka yg bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasukfreelancers; dan
  7. Pekerja asing dan pegawai dagang.

Utk info lanjut anda blh download FAQ Wage Subsidy di sini.