Permohonan & Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ

By | April 2, 2020

Tahukah anda Pusat Pungutan Zakat MAIWP ada menyediakan bantuan khas COVID-19 iaitu Bantuan Musaadah Khaira PPZ.

Melalui bantuan ini, anda blh memohon RM300 tunai secara online.

Bantuan ini blh dimohon oleh semua Warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa.

Bg penerima BSH, jangan lupa semak status permohonan BPN anda di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan PPZ ini.

Bantuan Musaadah Khaira PPZ

Bantuan ini khas utk rakyat Malaysia yg terjejas akibat PKP.

Syarat kelayakan spt berikut:

  • Golongan B40 pendapatan isi rumah <RM4360 sebulan
  • Penjaja / peniaga kecil
  • Pekerja dan individu yg terjejas ataupun hilang punca pendapatan spt diberhentikan kerja, separuh gaji & cuti tanpa gaji

Cara Mohon

Permohonan blh dibuat secara online di portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/

Pastikan anda membaca dulu segala terma dan syarat permohonan.

Berikut antara dokumen yg perlu disediakan:

  • Salinan IC
  • Bg yg bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan 
  • Bg Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen

Langkah-langkah permohonan spt berikut:

1. Layari portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/

2. Isi dan lengkapkan segala maklumat peribadi pemohon

3. Nyatakan alamat terkini pemohon

4. Isi maklumat tanggungan terkini anda

5. Muat naik kesemua dokumen yg diminta

6. Semak semula kesemua maklumat yg diisi. Jika betul click Hantar.

Selesai!

Permohonan anda kini sedang diproses.

Bantuan akan disalurkan dlm tempoh 7 hari kepada pemohon yg layak.

Bg anda yg pernah memohon sebelum ini, anda blh semak status permohonan Bantuan Musaadah Khairi PPZ di sini.

Sebarang maklumat lanjut blh hubungi Facebook Khaira PPZ.