Permohonan Protege TNB 2020: Elaun RM2,000 Sebulan Disediakan

By | April 3, 2020

Program Protege TNB sesi kemasukan Mac 2020 kini dibuka.

Permohonan blh dibuat secara online di portal rasmi TNB.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang program tersebut serta syarat kelayakan terkini sesi kemasukan Mac 2020.

Tentang Protege TNB

Dulunya dikenali sbg SL1M.

Kini Protege atau Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs diberi nafas baru dgn harapan dpt meningkatkan peluang pekerjaan peserta sama ada sbg usahawan atau pekerja dgn entrpreneurial thinking sambil mendedahkan dgn asas keusahawanan (entrepreneurship mindsetting) melalui latihan intensif bersama Host Company.

Melalui program ini, peserta akan dilatih dgn pelbagai ilmu softskills selama seminggu di ILSAS (Bangi).

Peserta kemudiannya akan dihantar menjalani OJT selama 5 bln 3 minggu di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia.

Elaun RM2,000 sebulan turut disediakan.

Selain itu, faedah lain yg disediakan termasuklah:

  • Kelayakan cuti  sebanyak 6 hari sepanjang 6 bln latihan.
  • Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 6 bln latihan.
  • Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bln latihan. Cuti MC 3 hari.

Tarikh tutup permohonan adalah pd 29 Februari 2020.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat-syarat kelayakan bg memohon ke program Protege TNB.

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dlm bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Source Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yg bersesuaian dgn bisnes TNB)
  • SPM/SPMV dgn kredit dlm matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 28 thn.
  • Graduan ijazah dr dlm dan luar negara  yg masih belum mendapat  pekerjaan
  • Graduan yg bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dgn kelulusan (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yg mempunyai pendapatan isirumah yg rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (kekangan utk jaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Cara Memohon

Utk memohon sila isi dan lengkapkan borang permohonan secara online di sini.

Utk maklumat lanjut tentang program Protege, layari laman web rasmi https://www.protege.my/