Permohonan Pengeluaran ASB Online Melalui MyASNB

By | April 20, 2020

Wow! ASB hari ini membolehkan pelabur utk membuat permohonan pengeluaran ASB online melalui portal MyASNB.

Namun had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan.

Manakala jumlah minimum utk sekali pengeluaran sebanyak RM100.

Hanya tiga kali pengeluaran dibenarkan dlm tempoh sebulan.

Info lanjut kami kongsikan di bawah. Pastikan anda share artikel ini di Facebook / Telegram / WhatsApp utk kebaikan bersama.

Pengeluaran ASB Online

Jika sebelum ini ASB hanya membolehkan pelabur menambah jumlah pelaburan secara online.

Tiada sebarang caj dikenakan.

Kemudahan ini blh digunakan melalui portal myASNB pd 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pd 27 April 2020.

Waktu urusniaga sama spt biasa:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad* 
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- sehingga Ahad*

Wang akan dimasukkan ke akaun pd hari berikutnya.

Hanya pengguna yg berdaftar di MyASNB sahaja blh menggunakan kemudahan ini.

Utk cara mendaftar MyASNB, sila rujuk artikel ini.

Berikut adalah tutorial cara-cara membuat pengeluaran tersebut.

pengeluaran asb

1. Sila log in ke akaun MyASB anda di www.myasnb.com.my

2. Kemudian click Portfolio dan click pd Transaksi yg dikehendaki. Pilih Jualan Balik.

3. Pastikan maklumat bank anda betul supaya melancarkan proses pengeluaran.

4. Baca dan tandakan kotak pengisytiharan dan click pd butang Seterusnya.

5. Masukkan amaun yg ingin dikeluarkan. Minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan. Klik Seterusnya.

6. Semak semula butiran bank anda dan jika betul click Teruskan.

7. Klik Permintaan TAC dan click Seterusnya.

8. Masukkan nombor TAC. Tahniah transaksi pengeluaran ASB anda telah berjaya.

Maklumat Lanjut

Utk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda blh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Melabur dlm unit amanah sepatutnya dilakukan utk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dpt mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan source kewangan pd waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yg memadai sbg source kewangan segera pd waktu memerlukan.

Utk mengeluarkan wang dlm jumlah lebih besar, pemegang unit blh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dpt dipenuhi pd setiap masa terutamanya dlm keadaan yg sukar, namun pd masa yg sama kami komited utk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yg diinginkan.