Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 2020 SPNB

By | April 3, 2020

Program Rumah Mesra Rakyat 2020 di bawah SPNB diwujudkan bg membantu golongan berpendapatan rendah yg tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah utk membina rumah sendiri dan selesa.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd yg pd awalnya adalah sbg ‘Special Purpose Vehicle’ utk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu.

Terdapat 2 program yg ditawarkan iaitu:

  1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

RMR1M bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah spt nelayan, petani dan keluarga miskin yg tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah utk membina rumah sendiri yg sempurna dan selesa.

Manakala RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yg mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yg mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.

Program RMRPlus adalah program alternatif yg mensasarkan golongan yg tidak layak mendapat subsidi di bawah Program RMR1M kerana melebihi syarat minimum program.

Selain itu, anda juga blh memohon rumah PR1MA bg penjawat awam dan mohon skim MyDeposit di mana kerajaan membantu anda membayar 10% deposit rumah.

Bg yg tinggal di Selangor anda blh mohon skim Rumah Selangorku.

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Berikut antara ciri-ciri rumah mesra rakyat tersebut:

rumah mesra rakyat spnb

Syarat Permohonan RMR1M

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 sehingga 65 thn.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yg usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas drpd gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran drpd tuan punya tanah yg dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang drpd 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

Cara Memohon RMR1M

  1. Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dr pejabat wakil rakyat atau download dr laman web http://www.spnbmesra.com.my/
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan
  3. Hantar borang yg lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
  4. SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)

Sehingga 31 Oktober 2017, sebanyak 40,107 unit RMR1M telah siap dibina di seluruh negara. Sebanyak 89,859 permohonan diterima namun 30,066 permohonan ditolak kerana tidak layak.

Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Syarat-syarat permohonan RMRPLUS adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 thn ke atas
  • Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

Kaedah pembiayaan Rumah Mesra Rakyat Plus sama ada tunai atau melalui pinjaman bank sahaja.

Antara ciri-ciri rumah yg ditawarkan:

  • Keluasan 1,000 – 1,200 kps
  • Harga dr RM108,888

FAQ

Q: Kenapa terdapat perubahan kepada bayaran balik bulanan?

A: Terdahulu, Program RMR1M dibiayai oleh Kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh. Terkini sebahagian drpd pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman drpd institusi kewangan yg diuruskan oleh anak syarikat SPNB.

Q: Berapa lama tempoh permohonan akan diluluskan?

A: Tiga (3) bln dr tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan.

Q: Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah meninggal?

A: Tidak dibenarkan kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran drpd tuan tanah.

Q: Berapa lama tempoh pembinaan rumah mesra rakyat SPNB?

A: Tidak melebihi 18 bln dr tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian.

Info lanjut hubungi SPNB Mesra Sdn Bhd di talian +603 2618 5555