Permohonan Lesen Motosikal Percuma 2020 (iDANA Terengganu)

By | April 3, 2020

Program lesen motosikal percuma diteruskan lg thn ini.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan lesen motosikal percuma 2020 di bawah skim iDANA Terangganu.

Utk makluman, pemberian lesen motor percuma ini hanya terhad utk 25,000 orang sahaja.

Permohonan blh dibuat bermula 20 Februari sehingga tarikh tutup 12 Mac.

Sekiranya anda berminat, sila isi borang permohonan secara online sekarang!

Baca juga: Harga Proton X50 Baru

Lesen Motosikal Percuma 2020

Berikut antara syarat-syarat memohon lesen motosikal percuma:

  • Permohonan hanya blh dibuat online / manual
  • Pemohon mestilah berumur 16 – 40 thn utk lesen B2 sahaja
  • Terbuka kepada bujang dan berkahwin
  • Terbuka utk anak jati Terengganu / yg sudah bermastautin lebih 10 thn di negeri tersebut
  • Berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
  • Pemohon hanya blh mohon sekali sahaja
  • Yg masih bersekolah / belajar di IPT layak memohon namun perlu pengesahan tempat pengajian masing-masing
  • Latihan memandu mestilah di Institut Memandu di Terengganu sahaja
  • Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPJ / PDRM

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yg ditetapkan di atas, anda blh mengisi borang permohonan online di sini.

idana terengganu

Utk memohon secara manual, terdapat beberapa dokumen yg perlu diserahkan MPKK antaranya:

  • Kad Pengenalan
  • Slip Gaji / Pengesahan Tempat Belajar
  • Jika tiada slip gaji perlu kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yg disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim
  • Pemohon OKU mesti mengepilkan bersama salinan Kad OKU

Tentang iDANA Terengganu

iDANA Terengganu merupakan skim bantuan kerajaan negeri bg membantu golongan berpendapatan rendah memiliki lesen motor percuma.

Selain pemberian lesen motosikal, iDANA turut menyediakan insentif bantuan raya dan dana bakti remaja sebanyak RM200 kepada anak muda yg belum berkahwin berumur 21 – 40 thn.

Thn ini sahaja kerajaan Terengganu memperuntukkan dana raya sebanyak RM16 juta.

Setiap DUN diperuntukkan sebanyak RM500,000 dgn jumlah penerima maksima adalah seramai 2,500 orang.

Setiap pemohon pula diberi RM200 seorang, bergantung kepada arahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan dana berkenaan dijangka akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pd 28 dan 29 Mei lps.

Keputusan Lesen Motor Percuma

Semakan pemberian lesen motor percuma kini blh disemakan di portal rasmi iDANA Terengganu.

Menurut satu kenyataan akhbar, skim tersebut menerima lebih kurang 49,500 permohonan dr seluruh daerah.

Namun dgn peruntukan sebanyak RM7 juta, kita hanya dpt menerima 25,000 pemohon bg thn ini.

Semoga usaha baik ini dpt diteruskan Kerajaan Persekutuan utk golongan B40.