Permohonan IPG Online Program Guru Lepasan SPM

By | April 3, 2020

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau PISMP 2020 telah dibuka semula bermula 24 Februari sehingga tarikh tutup 31 Mac.

Bg adik-adik lepasan SPM yg ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang anda!

Secara ringkasnya, PISMP merupakan program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bg pelajar lepasan SPM.

Di bawah program ini, pemohon akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yg telah ditetapkan.

Pemohon yg lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 thn secara sepenuh masa.

Syarat Kelayakan PISMP 2020

Terdapat beberapa syarat umum yg perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 thn pd 30 Jun 2019 iaitu lahir pd atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dlm kegiatan kokurikulum.

Syarat akademik adalah spt berikut:

  • Mendapat gred cemerlang (A- / A / A+) dlm mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dlm Bahasa Melayu & Sejarah
  • Mestilah lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Setiap bidang pengkhususan mempunyai syarat kelayakan tersendiri. Sila rujuk Syarat Bidang Pengkhususan utk maklumat yg lebih terperinci.

Bg calon yg memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, anda wajib menduduki dan lulus ujian amali.

Perlu diingatkan Bidang yg ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru drpd Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yg ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Utk bidang pengkhususan PISMP bg Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda blh baca di sini.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM

Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2019, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruaan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yg telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yg lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 thn di IPG yg ditetapkan.

Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Berikut senarai pemohon yg tidak layak memohon ke program PISMP 2019:

  1. Pemohon yg sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yg dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dlm proses tindakan tatatertib semasa dlm perkhidmatan awam atau latihan yg dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yg pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dlm peperiksaan dan ditamatkan drpd program.
  4. Pemohon yg pernah atau sedang disabitkan dgn kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

Pd 23 Julai thn lps, kenyataan media Elaun Sara Hidup Pelajar Institut Pendidikan Guru telah pun disiarkan di portal rasmi KPM.

Menurut source, tiada elaun pelajar IPG bg Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) yg menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bg ambilan Jun 2018.

Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat thn.

Kemaskini 24 Februari 2019:

Pelajar PISMP akan terima elaun RM430 sebulan spt biasa.

Kementerian Pendidikan dlm satu kenyataan, hari ini, berkata mereka juga akan menerima belanja tambang pergi balik pd kadar maksimum RM500 utk sekali setahun spt biasa.

Permohonan IPG Online

Berikut cara-cara memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online.

  • Permohonan hanya blh dibuat secara dlm talian (online) dgn melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yg telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yg terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bg mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan blh mengemaskini pd bila-bila masa sahaja.
  • Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dgn menekan butang pengesahan yg disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yg berjaya dihantar akan menerima rujukan.
  • Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan utk tujuan semakan permohonan.
  • Maklumat yg tidak benar dan tidak lengkap blh mengakibatkan permohonan ditolak.

Utk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2019 di sini https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

permohonan pismp 2018

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dinasihatkan utk menghubungi bahagian pengambilan IPG KKM di alamat berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760