Pendaftaran & Proses Tuntutan Duit RM8,000

By | April 3, 2020

Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup, anda layak menuntut wang sehingga RM8,000 melalui program mySalam Skim Perlindungan B40.

Skim ini merupakan satu lg bantuan kerajaan bg menyediakan perlindungan takaful secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima BSH yg berumur 18 – 55 thn beserta pasangan mereka.

Terkini di bawah insentif Belanjawan 2020, skim mySalam diperluas kepada perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal, individu yg berumur sehingga 65 thn berbanding dgn 55 thn dan individu yg mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000.

Kini walaupun anda bukan penerima BSH, anda masih layak mendaftar ke program tersebut.

M40 layak menerima RM4,000 bg tuntutan 45 jenis penyakit kritikal.

Di bawah skim ini, penerima akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital.

Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran RM8,000 (secara one-off) akan dibuat sekaligus ke akaun penerima.

Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yg dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah.

Proses tuntutan blh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my

Tuntutan mySalam Skim Perlindungan B40

Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.

  1. Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yg dihantar melalui SMS
  2. Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  3. Serahkan borang tersebut kepada doktor utk diisi dgn lengkap
  4. Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  5. Isi maklumat yg diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan spt surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  6. Klik “Submit” utk hantar tuntutan

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima spt yg didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Berikut senarai 36 penyakit kritikal yg dilindungi di bawah program mySalam.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Blh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Utk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bg Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Blh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yg Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dgn Lupus Nefritis (SLE)
  36. Kelecuran Tahap Ketiga
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan pankreas berulang
  44. Elefantiasis
  45. Penyakit lembu gila

Dan utk makluman skim ini hanya kepada penerima yg menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja.

Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yg mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.

Utk senarai hospital di bawah skim ini, anda blh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Utk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda blh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com

Perbezaan mySalam vs PeKa B40

Ramai yg keliru apa beza skim mySalam berbanding PeKa B40?

Utk makluman, mySalam utk penerima BSH (termasuk bukan penerima) yg berumur 18 thn sehingga 55 thn sahaja dilindungi di bawah skim ini.

Bg penerima BSH, anda secara automatik akan dilindungi tanpa perlukan pendaftaran.

Bg bukan penerima BSH, anda perlu mendaftar di sini.

PeKa B40 pula utk penerima BSH berumur 50 thn ke atas.

Utk maklumat lanjut sila rujuk infografik ini.