Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Selama 6 Bulan (Automatik)

By | April 3, 2020

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, utk tempoh enam bln.

Ia langkah tambahan BNM utk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yg dijangka terkesan oleh penularan COVID-19.

Dlm satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan yg dilihat oleh BH hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dgn maklumat yg mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yg ditangguhkan akan dilaksanakan dlm tempoh itu,” kata bank pusat itu.

Bg baki kad kredit yg belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan utk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga thn.

“Bg peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan utk memudahkan permintaan moratorium,” katanya.

Source: Berita Harian