Pemuja Rahsia (TV3) | Alamaya.info

By | April 2, 2020

Saksikan telefilem ‘Pemuja Rahsia’ pd Sabtu ini pukul 10 malam di TV3.

TAJUK : PEMUJA RAHSIA

WAKTU TAYANGAN :  Sabtu, 28 Mac 2020, 10:00 malam
SALURAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Nurul Aisha Halim, Fiza Thomas, Alif Haiqal Razulan, Engku Helmy

SINOPSIS  PEMUJA RAHSIA

Adam, pelajar kolej yg kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. 

Hawa, gadis berusia sebaya dgn Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 thn lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa drpd lemas.
Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa – Suzana enggan terlalu rapat dgn keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan.

Bg Hawa dia memang tercipta utk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa spt seorang gadis yg pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yg pelik dan sukakan muzik.