Pemilik Sos AminahHassan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Ke Mana Hilangnya Produk Mereka

By | April 3, 2020

Setiap rumah pasti ada pelbagai jenis sos drpd pelbagai jenama spt Kimball, Saji, Maggi, Jalen, Puteri dan byk lg.

Sebahagian drpd anda, pasti pernah memiliki sos jenama AminahHassan ketika kecil dahulu bukan? Semakin dewasa, kita juga akan tertanya ke manakah hilangnya sos jenama yg blh dikatakan lejen ini?

Sepanjang ‘kehilangan’ jenama sos ini di pasar raya, ada khabar mengatakan sos ini telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selepas pengasasnya meninggal dunia. Akibat drpd kahabar angin itu, produk ini tidak mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.

Terkini, syarikat sos AminahHassan tampil memberi penjelasan menafikan hal tersebut. Syarikat itu menegaskan mereka tidak pernah dibeli pihak lain sebaliknya hanya menghentikan operasinya seketika.

“Syarikat ini tidak pernah dijual atau dibeli oleh sesiapa. Pd satu ketika ia terpakasa memberhentikan operasinya kerana mengalami kemerosoton jualan. Ia berpunca dr kabar angin dakwaan yg mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga ia sudah dijual kepada syarikat lain.

“Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dgn berita – berita palsu tersebut,” kenyataan ditulis di Facebook rasmi AminahHassan.

Menyingkap sejarah perniagaan, bermula dgn perniagaan kicap dan sos secara kecil-kecilan di Kampung Merdeka, Batu Pahat pd 1966, perniagaan makanan itu berkembang maju sebelum Allahyarham membuka kilang pengeluaran di Jalan Kapar, Klang. Kemudian, diusahakan sendiri oleh anak-anak Allahyarhamah Hajjah Aminah dan Allahyarham Haji Hassan sendiri sehingga kini.

Kehilangan sos AminahHassan di kebanyakan pasar raya besar membuatkan pengguna setia tertanya di manakah utk mencari kembali sos syarikat ini. Justeru, syarikat Aminah Hassan bangkit dgn semangat dan nafas baharu utk membangunkan semula perusahaan ini kembali demi memenuhi semula permintaan peminat-peminat AminahHassan.

Pemilik Sos Aminah Hassan Kembali
Source: Fb Aminah Hassan

Bermula dgn sos cili, AminahHassan telah menghasilkan lebih byk produk termasuk sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Jika anda tercari-cari di manakah utk mendapat sos dr AminahHassan, blh ke laman Facebook di pautan ini utk melihat lokasi kedai berdekatan anda.

Source: Aminah Hassan