Panduan Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Secara Online

By | April 3, 2020

Berikut dikongsikan panduan permohonan bantuan RM600 PERKESO khas utk para pekerja yg terkesan akibat wabak COVID-19.

Permohonan blh dibuat secara online di portal rasmi PERKESO bermula 20 Mac nanti.

Bantuan ini sebahagian drpd program pengekalan pekerjaan atau Employement Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Kerjaya PERKESO.

Tujuannya adalah utk membantu para majikan yg terpaksa mengurangkan kos operasi dgn memberikan cuti tanpa gaji (CTG) kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bantuan sebanyak RM600 sebulan ini akan disalurkan kepada para pekerja selama enam bln (maksima) bergantung kepada tempoh notis majikan.

erp perkeso

Syarat Permohonan

Sebelum itu, berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan bantuan PERKESO:

  • Pekerja yg diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
  • Pekerja sektor swasta yg berdaftar dan mencarum dgn Sistem Insurans Kerjaya (SIP) PERKESO;
  • Terhad kepada pekerja yg bergaji RM4,000 dan ke bawah;
  • Majikan membuat permohonan bg pihak pekerja; dan
  • Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Secara asasnya bantuan ini akan disalurkan kepada majikan berdaftar yg kemudiannya akan disalurkan kepada para pekerja yg terkesan.

Tujuan program Employment Retention Program atau ERP adalah utk membantu majikan yg terjejas akibat Covid-19 yg terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dgn pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

Baca juga: Tarikh Bayaran PERKESO 2020

Permohonan Bantuan RM600 PERKESO

Setiap permohonan hendaklah dibuat secara online atau melalui borang permohonan yg dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bg pihak pekerja yg terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab utk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yg terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yg lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yg mengandungi senarai pekerja terlibat.

Permohonan yg lengkap blh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai pekerja hendaklah beserta butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon utk dihubungi

Soalan lazim berkenaan program ERR adalah spt di Lampiran 2. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkesoperkeso.qov.my. Utk mengikuti perkembangan terkini berkaitan SIP dan program ERR, sila layari microsite eiscentre.perkeso.gov.my

Info lanjut rujuk pautan di bawah:

Maklumat lanjut akan dikemaskini dr semasa ke semasa.