Panduan Lengkap Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan 2019 / 2020

By | April 3, 2020

Musim bayar cukai kini kembali. Berikut dikongsikan panduan lengkap cara isi eFiling LHDN bg pengiraan cukai pendapatan tahunan semasa 2018 / 2019 / 2020.

Sbg  pembayar cukai, pastikan anda tidak terlepas pandang 21 senarai pelepasan cukai 2019 yg dimaklumkan oleh LHDN.

eFiling blh diisi bermula 1 Mac setiap thn. Setiap individu yg menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

eFiling LHDN

Sedikit pengenalan tentang eFiling LHDN.

Sistem tersebut bertujuan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yg perlu dibayar.

Melalui sistem eFiling, anda blh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

Berbeza dgn sistem dahulu di mana anda perlu menghantar borang taksiran dan perlu membuat pengiraan cukai secara manual di pejabat LHDN.

Berikut prosedur pembayaran cukai pendapatan dr iMoney.

efiling 2018

Cara Daftar eFiling 2019 / 2020

Pendaftaran blh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my

Bg pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:

#1 – Lengkapkan borang pendaftaran online

Layari http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php utk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman spt berikut:

cara daftar efiling

Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan contohnya Ai-a78629uf9797d23

Pastikan anda catat nombor tersebut utk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.

#2 – Muat naik dokumen diperlukan

Anda kemudiannya diminta utk memuat naik salinan dokumen berikut:

  • Pasport bg bukan warganegara Malaysia yg tidak menjalankan perniagaan
  • Sijil pendaftaran perniagaan bg warganegara Malaysia yg menjalankan perniagaan.
  • Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bg bukan warganegara Malaysia yg menjalankan perniagaan.

Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yg dgn jelas menunjukkan nama dan no. pengenalan diperlukan.

#3 – Semak status permohonan

Selepas beberapa hari, anda blh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yg akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

Peringatan: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dlm tempoh 14 hari dr tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yg lengkap.

Cara Isi eFiling

#1 – Layari ezHASiL

cara isi efiling

Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan pd bahagian Log Masuk sila isi segala maklumat yg diperlukan kemudian click Hantar.

#2 – Pilih eBorang

Anda kemudian akan dibawa ke halaman eBorang. Di sini pastikan anda pilih eBorang yg betul sama ada:

  • e-E: Majikan
  • e-BE: Individu warganegara Malaysia yg tiada punca pendapatan perniagaan
  • e-B: Individu warganegara Malaysia yg ada punca pendapatan perniagaan
  • e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  • e-P: Perniagaan perkongsian
  • e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
  • e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

Bg anda yg bekerja mkn gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.

Maklumat pd borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  1. Maklumat Individu
  2. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Thn Kebelakangan Yg Belum Dilaporkan
  3. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
  4. Rumusan

Sila isi dgn lengkap kesemua maklumat yg diperlukan. Ini bg memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda.

Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.

Di halaman akuan spt gambar di bawah, anda blh pilih sama ada utk mencetak draf borang dlm bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya.

Jika anda sudah berpuas hati dgn borang yg diisi, sila click “Tandatangan & Hantar”.

Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yg tepat utk menghantar borang yg telah diisi. Huruf besar atau kecil yg dimasukkan hendaklah tepat spt yg telah ditetapkan sebelum ini.

Selesai pendaftaran eFiling cukai pendapatan 2018 / 2019 anda.

Utk info lanjut, muat turun PDF cara mengisi eFiling di sini https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf