Nazim Othman nafi rumah tangga bersama Bella Dally bergolak

By | April 3, 2020

benarkah rumah tangga nazim othman dan bella dally bergolak

Source gambar: mediahiburan.my

   
A- 
A+

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan kononnya perkahwinan pasangan selebriti popular, Nazim Othman dan Bella Dally bermasalah. Ianya dikatakan berpunca drpd tindakan Bella memadam gambar Nazim drpd laman sosial Instagram miliknya. 

Nazim Othman, bagaimanapun menjelaskan perkara sebenar menerusi komennya berbunyi, “Terima kasih kepada yg bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dr perspektif positif. Utk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.

“Dari dahulu lg saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yg perlu diceritakan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Malahan, Nazim juga turut memuatnaik sebuah lagu di Instagram miliknya yg ditujukan khas buat Bellla. Kesimpulannya, jangan cepat menokok tambah sesuatu cerita sebelum bertanya sendiri kepada tuan punya badan ya?