Nasi Dipanaskan Semula Boleh Sebabkan Keracunan

By | April 3, 2020

Sudah menjadi kelaziman orang kita menyimpan lebihan nasi semalam utk digunakan semula pd keesokannya. Berapak kerapkah anda memanaskan semula nasi?

Tahukan anda, nasi yg dipanaskan semula utk dimakan blh menyebabkan keracunan makanan. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tersebut namun cara nasi itu disimpan sebelum dipanaskan.

“Nasi yg ditinggalkan dlm suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yg ada dlm nasi itu aktif semula,” tulis KKM di laman Twitter.

Semakin lama nasi dibiarkan, semakin byk racun yg dihasilkan. Justeru, lebih selamat jika anda tidak memanaskan nasi berkali-kali kerana nasi yg sejuk menyebabkan spora semakin bertambah byk.

Nasi Panaskan Semula Racun
Source: Justonecookbook

Menerusi kenyataan itu lg, nasi yg sudah berlendir dan berbau tidak blh dimakan.

“Sebab itu penting utk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.”

Apa yg anda perlu buat, makanan lebihan yg telah dimasak mesti disimpan dlm peti sejuk dlm bekas yg tertutup.

Lebihan nasi itu, selain hidanga nasi goreng, anda juga blh mencuba dgn pelbagai idea makanan di sini:

BACA: Ini 3 Idea Makanan Menggunakan Lebihan Nasi

Source: KKM Putrajaya