Nabil Ahmad Mewakili Malaysia Sebagai Wartawan Karpet Merah di Acara Terkemuka Hollywood

By | April 11, 2020

Baru-baru ini, Anugerah Oscar yg ke-89 telah berlangsung dgn begitu gah di Los Angeles. Rancangan anugerah berprestij itu dihoskan oleh pengacara kelakar Jimmy Kimmel dan dimeriahkan lg dgn persembahan oleh artis-artis terkenal dunia.

anugerah oscar hollywood di los angeles

   
A- 
A+

Walaupun berlaku satu kejadian kecoh dan kontroversi semasa kesilapan menyampaikan anugerah utk kategori Best Picture, namun keadaan masih terkawal dan acara gilang-gemilang itu berakhir dgn baik.

Ramai yg tidak tahu bahawa sebelum acara anugerah itu berlangsung, ada seorang rakyat Malaysia terselit di antara lautan manusia glamour yg membanjiri karpet merah pd hari itu. Acara karpet merah yg dijalankan di luar Teater Dolby ialah segmen yg memaparkan kesemua selebriti kelas A dr Hollywood, pengacara, pengarah dan produser berjalan masuk ke lokasi majlis.

Di sini, koresponden terpilih dan peminat blh menemuramah para selebriti tentang gaya fesyen yg menjadi pilihan atau bertanyakan tentant cerita terbaru mereka.

Rakyat Malaysia yg ‘terselit’ di celah-celah selebriti Hollywood itu adalah tidak lain tidak bukan, anak jati Negeri Sembilan, Nabil Ahmad. 

Nabil sudah sememangnya dikenali di Malaysia sbg seorang pelawak, pengacara, pelakon dan juruhebah radio. Nabil telah mengacarakan byk rancangan anugerah tempatan dan mungkin pengalamannya itu menyebabkan dia terpilih menjadi koresponden di Anugerah Oscar thn ini mewakili program HBO Asia.

Nabil yg segak dgn sut belah dubel bres rekaan Razman Razmi yg berinspirasikan songket telah bertemu dgn selebriti hebat spt Samuel L. Jackson, Mario Lopez, Jason Kennedy dan berjaya menemuramah Jackie Chan!

Bagus Nabil ni, sejak mula debut dgn Raja Lawak, sekarang Nabil dah byk belajar dan memperbaiki segala kelemahannya. Kebolehan berkomunikasi dlm bahasa Inggeris pun dah semakin meningkat. Tahniah diucapkan!