Login ePrasekolah Permohonan Online Kemasukan Prasekolah 2021

By | April 3, 2020

Permohonan ke prasekolah thn depan kini dibuka!

Permohonan / pendaftaran blh dibuat secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.

Ibu bapa blh login ke sistem tersebut bermula 1 Mac sehingga tarikh tutup 31 April 2020.

Berikut maklumat penting yg perlu anda tahu. Turut dikongsikan tutorial permohonan online prasekolah sbg rujukan ibu bapa.

Pastikan anda baca juga: Semak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak Melalui SAPS Ibu Bapa

Bg anda yg sedang menantikan kelahiran cahaya mata, sila mohon skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50 yg menyediakan bantuan RM200 seorang.

Permohonan Online ePrasekolah KPM 2021

Bg permohonan online, layari portal rasmi MOE dan sila baca manual permohonan ini dgn teliti sebelum membuat permohonan.

Tarikh permohonan:

  • Online: 1 Mac – 30 April 2020
  • Manual: 1 Mac – 31 Mei 2020

Syarat Permohonan

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yg lahir pd 2 Januari 2014 sehingga 15 Januari 2017 sahaja yg layak utk memohon.

Pemohon hanya dibenarkan utk memilih satu sekolah sahaja ketika pendaftaran.

Pihak sekolah mempunyai hak dlm pemilihan murid.

Proses Permohonan Online

Berikut merupakan proses permohonan online ePrasekolah KPM.

1. Layari laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my

2. Daftar sbg pengguna

Pastikan nama yg didaftarkan adalah nama penuh dan no mykad yg betul bg mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.

Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.

3. Log masuk

4. Klik borang permohonan prasekolah

5. Lengkapkan maklumat

  • Pilih sekolah dipohon
  • Pengesahan penjagaan oleh ibu/bapa
  • Hantar permohonan

6. Cetak permohonan

Hantar cetakan borang permohonan beserta dokumen berkaitan ke sekolah dipohon selewat-lewatnya 31 Mei beserta dokumen berkaitan.

7. Kemaskini & semak keputusan online

Huraian status permohonan adalah spt berikut:

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yg dimohon.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan blh membuat rayuan.

Proses Permohonan Secara Manual

  1. Ambil borang permohonan di sekolah yg ingin dipohon
  2. Lengkapkan borang permohonan
  3. Sediakan dokumen yg diperlukan
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen berkaitan ke sekolah dipohon selewat-lewatnya 31 Mei
  5. Semak keputusan permohonan melalui sekolah yg dipohon

Semak Keputusan Prasekolah

Seperti yg dimaklumkan, semakan status permohonan prasekolah 2019 blh dibuat secara online atau manual.

Tarikh rasmi belum diumumkan, namun mengikut tarikh sebelum ini kebiasaannya keputusan akan diumumkan setiap 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).

Rayuan Permohonan

Bg permohonan yg tidak berjaya, ibu bapa/penjaga blh membuat rayuan semula melalui portal rasmi ePrasekolah dlm tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

Bg ibu bapa/penjaga yg mengemukakan permohonan secara manual, rayuan blh dikemukakan sama ada di sekolah yg dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bg negeri yg tiada PPD/PPW.

Keputusan rayuan blh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2019 (tertakluk kepada pindaan).

Bg rayuan secara manual, semakan keputusan blh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yg berkenaan bg rayuan yg berjaya.

Helpdesk

Sekiranya anda perlukan bantuan ketika proses permohonan, sila hubungi pegawai bertugas di talian:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau anda juga blh menghubungi kami melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my