KKM Larang Penjualan Air Zam Zam Di Malaysia, Denda RM10,000 Jika Bersalah

By | April 3, 2020

Air zam zam merupakan salah satu source air bawah tanah yg melalui telaga air zam zam, terletak di Masjidil Haram, Mekah.

Telaga air zam zam merupakan satu-satunya source air bersih bawah tanah di Mekah suatu ketika dahulu denga kedalaman 30 meter. Kebiasaannya, air zam zam diberi sebanyak lima liter dan senaskhah al-Quran secara percuma kepada setiap jemaah haji.

Kerinduan berada di Tanah Suci membuatkan para jemaah membawa pulang cenderahati terutama air zam zam. Pastinya jemaah tidak akan melepaskan peluang membawa pulang air zam zam yg dibekalkan ke Malaysia.

Bagaimanapun, ada pihak yg tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dgn menjualnya di Malaysia sedangkan air zam zam ini dibawah kategori air mineral semula jadi.

KKM Larang Penjualan Air Zam Zam
Source: KKM

Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air berkenaan secara percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat utk kegunaan persendirian dlm kuantiti terhad ketika berlepas pulang dr negara itu.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yg melakukan kesalahan itu blh berdepan tindakan undang-undang.

Mereka yg didapati bersalah menjual, mengimport atau mengedarkan air zam-zam blh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) thn.

Larangan ini turut dikenakan atas faktor isu penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yg diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.

Source: KKM Putrajaya