Ini Resepi Rahsia Buat Doh Piza Lembut, Hanya Guna Dua Bahan Sahaja

By | April 3, 2020

Kebanyakan resepi piza yg mudah dibuat di rumah akan menggunakan doh roti arab atau pun roti naan. Ada juga yg akan membuat sendiri doh dgn beberapa campuran bahan tapi jika tidak begitu rajin pastinya pilihan kita ialah menggunakan roti sedia ada.

Ada kalanya teringin juga membuat piza menggunakan doh sendiri bukan? Mungkin anda blh bertambah rajin membuat piza dgn resepi ini yg hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Hanya perlukan masa selama 10 minit sahaja utk membuat doh dan bakar selama 12 minit.

Bahan-bahan doh:

1 1/2 cawan Tepung
1 cawan Greek Yogurt (apa-apa jenama)

Resepi Doh Piza Dua Bahan
Source: FB

Cara membuat:

1. Gaulkan tepung dan yogurt sehingga sebati dan tidak melekat di tangan.

2. Taburkan sedikit tepung di pelantar bersih utk menguli doh.

3. Uli doh dgn penguli atau tangan sahaja, uli bulat nipis atau setebal yg diinginkan.
* Uli di atas baking paper supaya lebih mudah utk meletak doh atas baking tray nanti.

Utk toping, sama sahaja spt piza biasa. Bakar pd suhu 190 darjah selama 10-12 minit (pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu).

Resepi Doh Piza Dua Bahan
Source: FB

Nota:

1. Anda blh menggunakan tepung gandum (unbleached), tepung naik sendiri atau pun tepung bebas gluten. Cuma bezanya doh tepung gandum menjadikan piza lebih gandum dan garing. Manakala utk tepung naik sendiri, piza jadi lebih gebu.

2. Blh juga menggunakan resepi doh ini tanpa bakar dlm ketuhar. Selepas canai bulat, sapu serbuk bawang putih dan mentega (unsalted) kemudian masak di atas pan anti lekat.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Source: Emanuel Koknga