Ini Resepi Menjadi Sotong Goreng Tepung Rangup Tanpa Letup

By | April 3, 2020

Buat penggemar makanan laut, menu sotong goreng tepung adalah menu wajib dicuba dan dirasai kerana kerangupan sotong yg disalut tepung bersama sos pencicah membangkitkan selera.

Ramai yg cuba memasak sotong goreng tepung ini tetapi hasilnya menghampakan kerana sering kali tidak jadi spt diinginkan. Ditambah pula, perlu berhati-hati semasa menggoreng sotong agar tidak meletup sungguh melecehkan.

Kami ada resepi yg membantu masalah anda utk elak sotong yg digoreng meletup dan kekal ranggup. Ikuti tip spt berikut:

Sotong Goreng Tepung Tanpa Letup
Source: Eat. Crave. Love

Tip 1

Setelah siang sotong, basuh dan toskan sotong supaya air sotong keluar. Tumbuk 1 biji bawang putih dan salutkan bersama sotong tadi.

Tip 2

Kemudian masukkan 1 sudu cuka dan gaul rata (jangan masukkan cuka terlalu byk, hanya sekadar utk kecutkan sotong sahaja). Kaedah ini digunakan utk mengeluarkan air sotong dgn lebih cepat.

Tip 3

Masukkan serbuk lada sulah, garam dan ratakan semua selama 10 minit.

Tip 4

Bahan utk salutan pula, pecahkan 1 biji telur (tidak perlu pukul telur terlalu lama). Kemudian dimangkuk lain, masukkkan 5 sudu tepung serbaguna dan 5 sudu tepung jagung.

Tip 5

Celup perapan sotong ke dlm telur yg dipukul tadi dan kemudian terus ke dlm campuran tepung. Pastikan keseluruhan sotong disalut dgn sebati utk mengelak sotong meletup semasa proses menggoreng.

Tip 6

Utk proses menggoreng, pastikan minyak dlm kuantiti yg byk dan betul-betul panas barulah masukkan satu persatu sotong yg disalut tadi serta pastikan jangan menggoreng sotong terlalu lama kerana dikhuatiri akan liat.

Sotong Goreng Tepung Tanpa Letup

Siap utk dihidangkan bersama sos pencicah pilihan anda. Selamat mencuba!