Ini Dua Cara Masak Lemang Tanpa Buluh, Rupa Dan Rasa Sama Dengan Original

By | April 18, 2020

Lemang tanpa buluh? Menjadi ke?

Lemang antara menu istimewa apabila tibanya musim perayaan bg masyarakat Muslim di Malaysia. Ia berbentuk silinder dan teksturnya melekit seakan pulut tetapi berwarna putih berbanding pulut yg berwarna kuning.

Menurut pakar sejarah, lemang ialah perkataan yg digunakan tiga kaum iaitu Melayu, Minangkabau dan Batak yg membawa maksud sama iaitu beras pulut dimasak atau dipanggang dlm buluh serta dibalut di bahagian dalamnya menggunakan daun pisang.

Lemang selalunya dimakan bersama lauk sampingan bg menambah selera spt ayam masak merah, rendang, kuah kacang, lodeh, serunding dan pelbagai hidangan lg.

Cara Masak Lemang Tanpa Buluh

Lemang blh didapati dlm pelbagai jenis. Jika anda hanya pernah melihat satu jenis lemang, sebenarnya ada lg lemang yg lain antaranya lemang buluh (lebih biasa yg kita mkn), lemang periuk kera, lemang pulut hitam, lemang jagung dan lemang tepung.

Cara memasak lemang pula jika secara tradisional memang memerlukan tenaga dan masa yg byk. Ia perlu dipantau setiap minit dan mengawal api supaya lemang masak sempurna keseluruhannya.

Memang enak memakan lemang yg dimasak drpd buluh tetapi tidak semua orang mampu membuatnya dan jika hendak membeli ada kekangan tertentu. Jadi, ada cara mudah utk membuat lemang sendiri di rumah tetapi tidak menggunakan buluh.

Di sini kami kongsikan dua teknik memasak lemang sendiri tanpa menggunakan buluh iaitu menggunakan pengukus dan air fryer.

Bahan-bahan lemang:

1/2kg beras pulut dicuci dan toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam
5-6 tin minuman/ cawan kertas
Daun pisang
Air secukupnya

Cara memasak:

1.Basuh beras pulut bersih dan rendam dlm 1 jam.
2. Kemudian basuh dan rendam dgn air santan dan garam dlm 30 minit.
3. Daun pisang simpan dlm tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka)/ cawan kertas. *Jangan lupa lap daun pisang dahulu.
4. Isikan beras pulut dlm tin dan letak sedikit air sampai paras beras.

Cara Masak Lemang Tanpa Buluh

Jika guna pengukus:

– Kukus selama 50-60 minit atau sehingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dgn garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.

Jika guna air fryer:

– Panaskan air fryer (AF) dlm 5 minit pd suhu 180 darjah celcius.
– Masukkan dlm AF beras pulut yg sudah siap dimasukkan dlm tin/ cawan kertas, guna suhu 180 darjah celcius utk 30 minit.
– Apabila siap, jangan keluarkan dahulu, biarkan selama 30 minit dlm AF. Kemudian barulah hidangkan lemang tersebut.

Guntingkan tin/ cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut cita rasa, kemudian bolehlah mkn dgn lauk sampingan kegemaran anda.

Selamat mencuba!

Source: Mang Tuppy Fan Kuching, Zulena Ismail