Ini Cara Masak Nasi Goreng Paling Mudah Untuk Mereka Yang Tidak Suka Dapur Bersepah

By | April 3, 2020

Hidangan nasi goreng sering dijadikan sbg hidangan utk mereka yg baru hendak belajar memasak. Pelbagai jenis masakan nasi goreng blh disediakan kerana asasnya adalah nasi, sayur-sayuran, protein dan sedikit perencah.

Kebiasaannya, kita masak nasi goreng menggunakan kuali atau pan. Namun bg segelintir orang, akan memasak nasi goreng menggunakan periuk nasi (biasanya orang bujang atau pelajar).

Bagaimana anda memasak nasi goreng jika guna periuk nasi? Masak nasi putih dahulu atau masakkan sekali dgn bahan-bahan lain?

Seorang pengguna Facebook memuat naik resepi nasi goreng versinya menggunakan periuk nasi dan telah tular sebanyak 12 ribu perkongsian. Leslie Koh yg berasal dr Singapura berkata cara ini lebih mudah kerana tidak perlu khuatir dgn keadaan dapur yg berminyak selepas memasak.

Jom lihat langkah demi langkah memasak nasi goreng guna periuk nasi elektronik ini!

Bahan-bahan:

2 cawan beras
3 batang sosej yg dipotong dadu
Daun bawang yg dicincang
1 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
1 1/2 cawan stok ayam
1 cawan air
Telur
Serbuk lada hitam

Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Source: FB
Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Source: FB


Cara-cara memasak:

1. Basuh beras spt biasa, kemudian masukkan beras dlm periuk nasi.
2. Masukkan sosej, kicap, minyak bijan, stok ayam dan air dan kacau rata.
3. Tekan butang masak pd periuk nasi. Setelah nasi masak, pecahkan telur dan tuangkan ke atas nasi tadi.
4. Kemudian, masakkan lg sekali pd mod ‘keep warm’ selama 10 minit.
5. Setelah itu, masukkan daun bawang dan serbuk lada hitam dan kacau rata.

Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Source: FB
Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Source: FB

Siap! Selamat mencuba!

Antara resepi lain yg menggunakan periuk nasi:

BACA: Tular Di Jepun, Cara Masak Nasi Bersama Ayam Goreng Tepung Ini Menarik Utk Dicuba

BACA: Resepi Kek Keju Jepun Guna Periuk Nasi

Source: Leslie Koh