Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin

By | April 3, 2020

Legenda cef dunia, mendiang Anthony Bourdain pernah meletakkan laksa sbg makanan paling sedap dan luar biasa di dunia. Terdapat tiga jenis laksa utama, iaitu laksa kari, laksa Siam dan laksa asam.

Nama ‘laksa’ sendiri diambil drpd bahasa Sanskrit yg bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu merujuk kepada kiasan bahan-bahan yg dimasukkan utk mencipta laksa.

Pelbagai cara orang kita memasak laksa, drpd cara yg dilihat sbg rumit sehinggalah cara yg mudah. Ya, memasak laksa tidaklah sesukar mana asalkan menggunakan bahan-bahan penting dlm masakan laksa.

Ini merupakan resepi laksa ekspres dan jimat menggunakan sardin dlm tin sahaja. Tidak perlu bersusah payah merebus sardin kemudian perlu asingkan isi dgn tulang.

Bahan-bahan (utk 3 sehingga 4 orang mkn):

1 tin besar ikan sardin/ mackerel (apa-apa jenama)
Asam keping
3 sudu cili boh (ikut tahap kepedasan)
Daun Kesum
Belacan (pilihan)
Sos ikan
Garam secukup rasa
Laksa basah

Laksa Ekspres Guna Sardin Dlm Tin
Source: FB Cah Cicah

Cara memasak:

1. Lenyek/ kisar ikan sardin dlm tin bersama sedikit sosnya.
2. Kemudian, tumis cili boh/ cili kisar dan masukkan asam keping.
3. Setelah cili masak, masukkan ikan sardin tadi dan gaul sebati, seterusnya masukkan daun kesum.
4. Tunggu sehingga pecah minyak, kemudian tambah air. Jika suka kuah pekat, letak 3 atau 4 tin air dan sebaliknya. Jangan lupa perasakan dgn garam.
5. Biarkan masak selama 20-25 minit (api perlahan). Sementara itu bolehlah rebus telur dan potong bahan topping spt bawang besar, cili, limau dan timun.

Laksa Ekspres Guna Sardin Dlm Tin
Source: FB Cah Cicah

Selamat mencuba!

Source: Cah Cicah