Ini Cara Buat ‘Dalgona Coffee’ Di Rumah Yang Semakin Trending Di Media Sosial

By | April 3, 2020

Bg mereka yg sentiasa mengikuti perkembangan semasa dlm media sosial terutama di aplikasi TikTok, pasti mengetahui begitu tularnya video cara membuat ‘dalgona coffee’ ini.

Dalgona coffee ini pd awalnya trending di aplikasi TikTok, kemudian turut menerima tempias di Youtube. Turut dikenali sbg whipped coffee (kopi putar), minuman ini dipopularkan oleh warga Korea Selatan dlm rancangan TV Pyunstorang yg mana selebriti bersaing utk menginovasi resepi dan menu tersebut akan dipasarkan di kedai serbaneka di sana.

Diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yg diperbuat drpd gula dan soda penaik (baking soda). Resepi itu telah menjadi trend oleh pengguna TikTok, diikuti oleh komuniti di YouTube dan Instagram, dgn variasi resepi yg dimuat naik dlm talian.

Jadi, dalgona coffee merupakan kopi latte yg dicampur dgn rasa manis snek dalgona. Mudah sahaja rupanya utk membuat dalgona coffee di rumah. Jom lihat resipinya.

Cara Buat Dalgona Coffee
Source: Youtube

Bahan-bahan:

2 sudu besar serbuk kopi
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas
Susu
Ais batu

Cara membuat:

1. Campurkan serbuk kopi, gula dan air panas kemudian kacau sebati dgn pemukul adunan (whisk) sehingga campuran kopi mencapai tahap kepekatan yg diinginkan.

2. Seterusnya, letak ketulan ais batu dan tuangkan susu separuh gelas.

3. Tuangkan campuran kopi tadi ke dlm gelas.

4. Dalgona coffee anda siap dan blh utk diminum!

Cara Buat Dalgona Coffee
Source: Youtube

Mudah bukan? Ada juga yg pelbagaikan resepi dgn menggunakan serbuk matcha, serbuk koko dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba!