Ini 7 Resepi Sayur Goreng Tepung Yang Rangup Dan Garing

By | April 3, 2020

Pelbagai resepi masakan sayur yg mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis, cuba diberi kelainan dgn memasak sayur goreng tepung.

Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sbg kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran blh dimasak bersalut tepung.

1. Bayam Salut Tepung

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Thecherryshare

Bahan-bahan:
Daun bayam, pilih yg tebal dan lebar
200ml santan
150 gm tepung beras
Minyak goreng secukupnya

Bahan kisar:
3 butir buah keras disangai
1/2 ruas jari kunyit bakar
4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar disangai
1 inci lengkuas
Garam secukupnya

Cara memasak:
1. Campur dan satukan tepung dan serbuk halus, kacau sambil tambahkan santan sehingga tercampur rata dan menjadi adunan lembut.
2. Celupkan daun bayam ke dlm adunan, lalu goreng sehingga kedua sisinya berwarna perang. Angkat dan toskan minyak. Siap utk dihidangkan.

2. Cendawan Enoki Goreng

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Layseeyeoh

Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
100gm tepung gandum
50gm tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/4 sudu teh lada sulah

Cara memasak:
1. Campurkan semua bahan tepung gaul rata. Ambil empat sudu mkn bahan tepung dan campurkan dgn empat sudu mkn air sejuk.
2. Kacau rata sehingga sebati, tidak terlalu cair atau pekat.
3. Gaulkan cendawan dlm bahan bancuhan tepung. Kemudian salutkannya dlm bekas berisi bahan tepung kering.
4. Apabila minyak cukup panas gorengkan cendawan sehingga kuning keperangaan.
5. Angkat, tos dan hidangkan dgn sos pilihan anda.

3. Brokoli Rangup

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Foodandwine

Bahan-bahan:
1 biji brokoli
2 biji telur
Tepung goreng serbaguna secukupnya
Minyak utk menggoreng secukupnya

Cara masak:

1. Rendam brokoli dlm air garam, biarkan 10 minit. Cuci bersih dan potong dadu.
2. Panaskan air dlm periuk, setelah mendidih, celur seketika brokoli. Kemudian tos.
3. Pecahkan telur dlm mangkuk, kacau rata. Panaskan minyak dlm kuali.
4. Celupkan brokoli dlm telur, kemudian gaulkan dlm tepung goreng serbaguna.(jika ingin lebih tebal blh ulang proses celup dan gaul sekali lg).
5. Goreng sehingga kuning keperangan. Angkat dan hidangkan panas-panas dgn sos pilihan anda.

4. Kangkung Rangup

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Gila Mkn

Bahan-bahan:
Kangkung
6 sudu mkn tepung gandum
2 sudu mkn tepung beras
1 sudu teh perasa cendawan
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air sejuk secukupnya
Minyak masak utk menggoreng secukupnya

Cara memasak:

1. Campurkan semua bahan bancuhan tepung dlm mangkuk.
2. Masukkan air sejuk, sambil kacau perlahan-lahan sehingga sebati (adunan tidak terlalu pekat atau cair).
3. Panaskan minyak dlm kuali (pastikan minyak byk dan panas).
4. Celupkan potongan kangkung dlm adunan, lalu masukkan dlm kuali satu persatu. Goreng hinggga garing.

5. Terung Goreng Tepung

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Food & Wine Magazine


Bahan-bahan:

Terung
1 biji telur
Serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak

Cara memasak:

1. Hiris terung, pukul telur dan gaul bersama serbuk lada hitam dan garam.
2. Salut hirisan terung bersama telur dan goreng sehinga keperangan.
3. Tos dan hidang bersama sos.

6. Buncis Goreng Tepung

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Food Network

Bahan-bahan:
Kacang buncis
Tepung beras
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam halus
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara memasak:
1. Hiris kacang buncis kepada dua atau tiga bahagian.
2. Campurkan tepung, garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam. Tuang air sehingga adunan pekat.
3. Celupkan kacang buncis ke dlm adunan dan goreng satu-persatu sehingga kuning keemasan.

7. Lobak merah goreng tepung

7 resepi sayur goreng tepung
Source: Yummy Toddler Food

Bahan-bahan:
Lobak merah
Sebiji telur
Tepung serbaguna
Tepung beras

Cara memasak:
1. Hiris lobak merah spt kentang goreng, kemudian kukus sehingga empuk.
2. Campurkan tepung serbaguna, tepung beras dan telur.
3. Celup lobak merah tadi ke dlm adunan tepung dan gorenng sehingga kuning keemasan.

Selamat mencuba!