Harga Minyak Terkini Mac 2020: Petrol RON95, RON97, Diesel

By | April 3, 2020

Berikut dikongsikan harga minyak terkini sepanjang thn 2020.

Data ini berdasarkan harga semasa Petrol RON95, RON97 dan Diesel yg dikemaskini setiap minggu oleh KPDNHEP.

Turut dikongsikan harga minyak dunia yg dikemaskini setiap hari.

Harga Minyak Terkini

JENIS HARGA PERUBAHAN
RON 95 RM1.38 -0.06
RON 97 RM1.68 -0.06
RON 100 RM2.61
VPR RM2.86
EURO 2M RM1.68 -0.06
EURO 5 RM1.97 -0.09

Minggu: 28 Mac – 3 April 2020

Terkini harga minyak turun menjunam lg.

Harga RON95 dan RON97 masing-masing turun 6 sen kepada RM1.38 seliter dan RM1.68 seliter.

Diesel pula turun 7 sen kepada RM1.68 seliter.

Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pd masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yg memberi kesan kepada ekonomi global.

Kerajaan telah mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 19 sen, RON97 21 sen dan diesel dikurangkan 17 sen mulai 7 sehingga 13 Mac ini.

Harga RON95 dikurangkan drpd RM2.08 kepada RM1.89, RON97 drpd RM2.40 kepada RM2.19 dan diesel drpd RM2.13 kepada RM1.96 seliter.

Ia antara penurunan paling byk sejak Kementerian Kewangan mengumumkan penetapan harga siling RON95 dan diesel pd kadar RM2.08 serta RM2.18 seliter pd 27 Feb 2019 dan pertukaran kerajaan pd minggu lalu.

Harga Minyak Semasa Dunia

Berdasarkan laporan terkini, harga minyak mentah jatuh 30% kepada USD 30 setong.

Ianya merupakan kejatuhan terbesar dlm sehari sejak Perang Teluk pd 1991.

Kejatuhan itu berlaku selepas Arab Saudi dan Rusia serta negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu pemotongan bekalan.

Arab Saudi memulakan perang harga terhadap Rusia dgn mengurangkan harga jualan dan berikrar utk melepaskan bekalan stok minyaknya secara besar-besaran ke dlm pasaran yg kini jatuh akibat wabak COVID-19.

Dan berkemungkinan harga turun kepada USD 20 setong.

Jika ini berlaku, rakyat Malaysia mungkin dpt merasa harga RON95 RM1.32 seliter tanpa subsidi petrol.

Perbezaan RON95 vs RON97

Memandangkan harga RON97 makin mampu milik, maka ramailah yg nak “cuci enjin” dgn RON97.

Namun ada yg masih takut dgn mitos enjin kecil spt Perodua Axia tak blh gunakan RON97 takut enjin rosak!

Betul ke?

Sebenarnya Paultan dah pun menjawab dgn panjang lebar tentang mitos RON95 vs RON97 dlm video di bawah ni:

Penetapan Harga Petrol Mingguan

Pengguna seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mekanisme harga minyak secara mingguan ini lebih byk memberi keuntungan kepada pengguna kerana harga minyak di pam lebih stabil dan mengikut harga sebenar di pasaran.

Sebelum itu utk pengetahuan semua, turun naik harga minyak di negara ini bergantung kepada dua perkara iaitu harga minyak mentah dunia dan juga kadar tukaran mata wang kita.

Sebelum ini kita buat secara bulanan, harga yg pengusaha stesen minyak jual di pam adalah harga purata bln lps. Jadi ini tidak sesuai dan kemudian kerajaan mengubah mekanisme bln ke minggu kerana ia akan dpt harga purata minggu yg lps dgn lebih tepat. Maksudnya harga minyak yg dijual di pam hari ini adalah harga purata minyak minggu sebelumnya.

Ini seterusnya akan menyebabkan harga di pam lebih stabil, tiada kenaikan melampau dan jika pengusaha buat kajian sejak mekanisme ini ditetapkan kenaikan purata paling tinggi hanyalah lingkungan bawah 10 sen sahaja.