Halal Dan ‘Pork Free’, Apa Bezanya?

By | April 3, 2020

Sudah menjadi trend apabila tularnya sesebuah restoran yg menghidangkan makanan unik dan nampak menyelerakan, pasti ramai akan berpusu-pusu tidak melepaskan peluang mengunjunginya.

Pengguna kebanyakannya terpengaruh dgn persekitaran premis yg bersih, malah ada yg menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bg mengaburi mata pembeli.

Apabila sesuatu makanan atau minuman itu tular, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup food hunting premis makanan yg tular itu tanpa selidik sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya dan asalkan label pork free (tiada khinzir) terpampang, sudah dianggap halal utk dinikmati.

Namun, benarkah makanan tersebut halal utk dinikmati? Menurut jurulatih dan perunding Industri Halal, Bilal Jailani berkata restroan atau premis makanan yg mempamerkan papan tanda pork free itu tidak semestinya halal. Utk pengetahuan semua, halal dan no pork atau pork free, ia dua perkara yg berbeza.

Halal bermaksud apabila restoran atau premis makanan itu bebas drpd menyediakan masakan berasaskan khinzir, arak dan haiwan darat yg tidak disembelih serta peralatan yg digunakan dlm penyediaan masakan bebas drpd najis.

Manakala, no pork pula hanya satu bentuk makluman bahawa kedai berkenaan tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Tidak semestinya kedai atau premis makanan yg memaparkan logo no pork itu blh kita anggap sbg menjual makanan halal.

Beza No Pork Dan Halal
Source: Kapital

Ini berkait rapat dgn soal halal dan haram serta syubhah (ragu-ragu). Halal itu jelas, haram juga jelas tetapi syubhah adalah antara kedua-duanya.

Dlm hal syubhah, Rasulullah SAW menuntut setiap umatnya meninggalkan perkara tersebut kerana kecenderungannya kepada hukum haram. ALLAH SWT berfirman:

“Wahai sekalian manusia, mkn drpd apa yg ada di bumi yg halal lg baik…” (Surah al-Baqarah: 168).

Ada antara pengusaha mengiklankan produk mereka dgn perkataan yg mengelirukan spt mereka menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal JAKIM. Sebenarnya, tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pd premis adalah salah kerana ia bukan sijil drpd Malaysia.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dgn berita tular di media sosial, sebaliknya perlu merujuk kepada pihak berautoriti dlm isu halal.

Source: Berita Harian, Harian Metro