Gaji Minimum & Kiraan Jumlah Ansuran Bulanan

By | April 3, 2020

Berminat nak pakai Perodua Axia baru?

Berikut dikongsikan harga kereta Axia 2020 termasuk gaji minimum utk melayakkan anda dpt pinjaman bank.

Jika mengikut pakar kewangan, anda dinasihatkan utk membeli kereta yg harganya bersamaan setahun gaji.

Contohnya jika gaji anda RM1,800 sebulan, maka kereta yg berharga RM21,600 adalah paling sesuai.

Namun tidak salah utk membeli kereta Axia atau Proton X50 sekiranya kereta itu menjadi keperluan terutama bila sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Baca juga: Semak Harga Perodua Bezza 2020 Baru

Cuma anda perlu rancang kewangan dgn betul supaya anda mampu utk menampung kos ansuran bulanan Axia termasuk kos memperbaharui roadtax & insurans hujung thn nanti.

Baca juga: Semakan Harga Minyak Terkini RON95, RON97, Diesel

Perodua Axia Facelift

Terkini Perodua baru sahaja membuka tempahan Perodua Axia 2019 versi facelift.

Varian terbaru ditawarkan pd harga bermula RM24,090 sehingga Axia AV pd harga RM43,190.

Perbezaan setiap varian spt berikut:

Perodua Axia E 2019 (RM24,090)

  • Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
  • Transmisi: Manual lima-kelajuan
  • Penggunaan minyak: 22.5 km/l
  • Rim: Keluli 14-inci

Perodua Axia G 2019 (RM33,490)

Ditambah:

  • ABS dan EBD
  • Dua pembesar suara di depan
  • Rim aloi 14-inci
  • Penggunaan minyak: 21.6 km/l

Perodua Axia GXtra 2019 (RM34,990)

Ditambah:

  • VSC dgn TRC
  • Cangkuk anti-ragut
  • Sensor bampar depan
  • Sensor undur
  • Ketinggian kerusi blh laras
  • Cermin sisi elektrik (lipatan automatik)
  • Empat pembesar suara (dua di depan dan dua di belakang)

Perodua Axia SE 2019 (RM38,890)

Ditambah:

  • Filem penapis haba
  • Sistem tanpa kunci dan butang Push Start
  • Gril depan kemasan krom
  • Skirting depan
  • Skirting sisi

Perodua Axia Style 2019 (RM38,890)

Ditambah:

  • Bampar depan, belakang dan gril Style
  • Rim aloi 15-inci

Dikurangkan (berbanding SE/AV)

  • ASA 2.0
  • Filem penapis haba
  • Kamera undur
  • Skirting depan
  • Penggunaan minyak: 20.8 km/l

Perodua Axia AV 2019 (RM43,190)

Ditambah:

Harga Kereta Axia 2020

harga kereta axia

Harga Perodua Axia bermula dr RM22,900 utk varian manual. Ansuran bulanan sekitar RM243 utk tempoh pinjaman 9 thn.

Manakala utk varian Axia G (AT) bermula dr harga RM34,390 dgn ansuran bulanan 9 thn sekitar RM364 sebulan.

Utk full spec Axia Advanced harganya ialah RM40,390 manakala bayaran bulanan 9 thn sebanyak RM427 sebulan.

Anda blh gunakan Loan Calculator yg disediakan oleh Perodua utk pengiraan jumlah pinjaman & ansuran bulanan kereta Axia.

perodua axia

Ansuran Bulanan Perodua Axia Baru

Kami dapatkan jadual pengiraan yg lebih lengkap drpd salesman utk memudahkan anda membuat bajet sekiranya berminat utk membeli Perodua Axia.

Varian Harga (RM) Anggaran Ansuran Bulanan (RM)
‘0’ Down payment 10% Down payment
Axia 1.0 Standard E – Manual 22,990.00 274.18 246.76
Axia 1.0 Standard G – Manual 32,590.00 388.67 349.80
Axia 1.0 Standard G – Auto 34,390.00 410.13 369.12
Axia 1.0 SE – Manual 35,590.00 424.44 382.00
Axia 1.0 SE – Auto 37,490.00 447.10 402.39
Axia 1.0 Advance – Auto 40,390.00 481.69 433.52

Harga mungkin berbeza bergantung kepada kadar faedah bank.

Dan mengikut kata salesman, gaji minimum utk beli Axia ialah RM1,800 dgn bayaran 10% deposit. Jika tak nak bayar downpayment anda perlukan penjamin.

Yg bergaji RM2,000 ke atas sahaja blh dpt pinjaman penuh (full loan) tanpa penjamin.

Dan sekiranya berminat anda blh terus ke mana-mana cawangan Perodua berhampiran utk booking Perodua Axia baru.

Secara ringkasnya proses pembelian kereta tidaklah rumit sangat.

Anda cuma perlu sediakan beberapa dokumen spt penyata gaji / sijil SSM dan penyata bank (bg yg bekerja sendiri).

Kemudian ejen akan uruskan pinjaman bank.

Selesai semuanya anda cuma perlu tandatangan perjanjian pembiayaan dan blh ambil kereta.

Utk maklumat lanjut anda blh layari portal rasmi Perodua.