Durian Musang King Turun Separuh Harga Akibat Koronavirus

By | April 3, 2020

Mungkin inilah masanya utk membeli durian Musang King dgn aman apabila harganya turun antara 20 hinga 50 peratus akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut salah seorang peniaga durian di Georgetown Pulau Pinang, harga 1 kilogram durian jenis Musang King blh didapati antara RM24 dan RM33 sahaja berbanding RM55 sebelum ini.

Katanya, mereka menghadapi cabaran akibat penularan Covid-19 ini. Jumlah eksport turut menurun sehingga 70 peratus selepas Thn Baharu Cina yg mana China merupakan pasaran eksport terbesar mereka.

Durian Musang King Turun Koronavirus
Source: myPenang

Turut terpalit apabila penangguhan perjalanan para pelancong yg bimbang dgn penularan wabak itu menyebabkan perniagaan bertambah perlahan.

Jumpa pelancong yg datang utk merasai buah durian turun sehingga 50 peratus yg mana kebanyakannya dr China, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan penumpang kapal layar.

Bagaimanapun, sukar utk dijangkakan sama ada harga durian di Pulau Pinang akan terus menjunam atau tidak kerana ia bergantung kepada permintaan pasaran.

Source: The Star