Drama Di Hujung Ranting | Alamaya.info

By | April 24, 2020

Nantikan drama rantaian adaptasi novel ‘Di Hujung Ranting’ karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda, dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin. Drama Di Hujung Ranting disiarkan setiap hari mulai 24 April ini pukul 5.30 petang di TV2 dan ulangan pukul 5.00 pagi.

TAJUK : DI HUJUNG RANTING

EPISODE : 30 episod
MULA SIARAN : 24 April 2020
WAKTU TAYANGAN : Setiap hari, 5.30 petang
SALURAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Umar Dzariff, Aishah Atan, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Aida Khalida, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Jovi Heng, Joyce Harn

WATAk BARISAN PELAKON 

Nad Zainal sbg Mawar

Shukri Yahaya sbg Amar

Dayang Areeda sbg Fatin

Amar Asyraf sbg Hakim

Ummar Dzariff sbg Amar Hakimi

Afzan A Rahman sbg Helmi

Silfeny Osman sbg Syuhadah



LAGU TEMA / OST 
Inikah Dikatakan Cinta – Sufian Suhaimi

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING

Mawardah, anak yatim piatu yg dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dgn Adi, pemilik sebuah café dan menganggap Adi spt abangnya sendiri. Amar seorang pemuda dr Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim. Dlm satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan.

Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dgn Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dgn talak satu.

Namun Fatin berusaha utk kembali memiliki Hakim sehingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sbg isteri.


Di Hujung Ranting

Pelakon Di Hujung Ranting
Pelakon drama Di Hujung Ranting