Drama Bukan Gadis Biasa (TV3)

By | April 23, 2020

Nantikan drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya. Ditayangkan bermula 23 April 2020, setiap Isnin sehingga Sabtu pukul 7 malam di TV3. 

TAJUK : BUKAN GADIS BIASA

EPISODE : 28 episod
MULA SIARAN : 23 April 2020
WAKTU TAYANGAN : Isnin-Sabtu, 7:00 malam
SALURAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Markoto Kobota, Chinta Nadessha
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Haji Yahya
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia,  Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

WATAK BARISAN PELAKON 

Ayda Jebat sbg Johana
Remy Ishak sbg Rayyan
Nazim Othman sbg Amer
Sheila Rusly sbg Opah Aminah
Ozlynn Waty sbg Juliana
Chacha Maembong sbg Hanim
Mas Khan sbg Amirul
Idzham Ismail sbg Bun
Zarul Husin sbg Suffian
Ako Mustafa sbg Pak Ya
Shajiry sbg Bruno Din
Heryanto Hassan sbg Raja Muzaffar
Lia Natalia sbg Ujah
Zalfa Zin sbg Suraya
Ashhry Atan sbg Azim 


LAGU TEMA / OST 
Angkara – Aisha Hanim

SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA

Johana berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yg sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.

Amirul, jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dgn peribadi Johana yg penuh persoalan.

Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian utk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yg hilang dr rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yg sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yg kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.

Rayyan memulakan penyiasatan utk mencari. Di situlah dia bertemu dgn Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dgn Johana.

SINOPSIS NOVEL
Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yg cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yg lebih baik utk si kecil Aisya yg memanggilnya ‘emak’. 

Cinta adalah sesuatu yg asing baginya. Pertemuan semula Amirul dgn Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dgn Rayyan, sepupu Amirul yg degil tetapi berprinsip. 

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yg terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yg bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yg lain?


Bukan Gadis Biasa

Pelakon Bukan Gadis Biasa