Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA)

By | April 3, 2020

Tahukah anda selain bantuan RM600 sebulan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.

Namun bantuan ini hanya utk mereka yg kehilangan source pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan khas tersebut.

Syarat Kelayakan

Bantuan ini hanya khas utk mereka yg:

  • Warganegara Malaysia yg bekerja tetapi telah kehilangan source pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bg Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • Warganegara Malaysia yg bekerja tetapi telah kehilangan source pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19

Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dlm kategori berikut:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dlm tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dlm tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bg kes yg berulang.

Cara Memohon

Permohonan perlu dilakukan secara manual dgn memuat turun beberapa dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Borang-borang tersebut blh dimuat turun di portal rasmi NADMA.

Permohonan yg telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Sokongan

Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan spt berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 spt di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan spt di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

Bg pemohon yg tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dgn surat perwakilan kuasa kepada waris spt di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yg diakui sah.

Utk dokumen sokongan KKM, bg pemohon yg di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:

  1. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bg Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yg telah disahkan oleh KKM; dan
  2. Salinan Borang pelepasan dr menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bg kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

Manakala bg pemohon yg warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yg dikeluarkan oleh Hospital yg dibenarkan oleh KKM utk merawat Covid-19.

Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yg layak dlm tempoh 30 hari bekerja dr tarikh penerimaan dokumen permohonan yg lengkap.

Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak utk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yg dikemukakan atau menolak permohonan yg tidak menepati syarat-syarat yg ditetapkan.