Dikongsi Lebih 47 Ribu Kali, Ini Resepi Tular Menu Tradisi Ayam Kukus Masak Taucu Pedas

By | April 3, 2020

Menjadi masakan tradisi orang Teochew, resepi ayam kukus masak taucu pedas ini sangatlah mudah dan cepat utk disiapkan.

Hanya dgn menggunakan dua langkah iaitu menggaul bahan-bahan berkenaan pd ayam dan kukus.

Bahan-bahan:

**6 ketul ayam bahagian paha dan betis – Bersihkan dan potong kecil
**1 biji bawang holland (dicincang)
**1 labu bawang putih (dicincang)
**6 cili merah (dicincang) – Jika mahu pedas blh gantikan dgn cili api
**1 sudu besar taucu
**1 sudu besar gula perang- Blh ganti gula putih
**4 sudu besar kicap cair
**1 sudu besar minyak bijan
**1 sudu besar sos tiram
**2 sudu kecil serbuk pati ayam
**Sedikit lada sulah
**1 batang daun bawang (dihiris)

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati bahan-bahan dlm mangkuk. Alihkan ke dlm dulang dan kukus dlm 40 minit.

2. Kukus ayam tanpa tambah air. Selepas dikukus, air ayam akan memenuhi dulang.

Resepi Ayam Kukus Masak Taucu 1

3. Hiris halus batang daun bawang dan masukkan ke dlm hidangan sekitar 30 minit selepas dikukus dan kembali kukus sehingga masak (sekitar masa tambahan 10 minit).

Resepi Ayam Kukus Masak Taucu

4. Siap utk dihidang.

Tak perlu tambah garam kerana rasa kicap sudah masin.

Mudah bukan? Senang, ringkas dan yg penting sihat tanpa minyak.

Source: Rasa