Datuk Rosyam Nor Meradang kerana Shuib Sepahtu Nak Kahwin Lagi?

By | April 3, 2020

Pengarah dan pelakon tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor dikatakan berang apabila dihubungi Shuib Sepahtu baru-baru ini.

   
A- 
A+

rosyam noor meradang kerana shuib

Perkara tersebut juga disahkan oleh Shuib sendiri ketika satu sidang media yg berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya pd hari Selasa minggu lps.

Shuib menceritakan kisah semasa dia menghubungi Datuk Rosyam Nor utk memberikan jemputan ke majlis perkahwinannya. Walau bagaimanapun, Datuk Rosyam yg terkejut dgn berita itu telah memarahi Shuib dgn tidak disangka-sangka.

shuib mahu kahwin lg sekali

Shuib kemudian terpaksa menjelaskan hal yg sebenar berkaitan majlis perkahwinan yg merupakan hadiah istimewa buat isteri tercinta iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Pemberian ini bersempena ulangtahun perkahwinan mereka yg keenam.

shuib buat kenduri kahwin lewat

Shuib dan Siti Sarah tidak berkesempatan mengadakan sebarang majlis perkahwinan besar-besaran semasa mereka diijabkabulkan enam thn yg lalu. Menurut Shuib, ketika itu dia masih belum mempunyai wang simpanan yg mencukupi utk mengadakan majlis persandingan.

Sbg seorang pasangan yg memahami dgn keadaan Shuib, Siti Sarah akur dgn keputusan itu namun tidak henti-henti memberi kata-kata semangat buat Shuib sepanjang perkahwinan mereka.

gambar shuib sepahtu bersama anak dan isterinya siti sarah

Bersempena ulangtahun perkahwinan yg keenam bg pasangan ini, Shuib telah mengambil keputusan utk mengadakan satu majlis persandingan pd 26 Februari bertempat di Bora Ombak Marina sbg tanda penghargaan buat isteri yg dikasihi. Seramai 600 tetamu yg terdiri drpd ahli keluarga, wartawan dan rakan artis dijemput utk bersama memeriahkan majlis tersebut.

Biarlah kenduri lambat sekalipun, asalkan rumahtangga mereka penuh dgn rasa cinta dan keberkatan ye dak? Lagipun anak-anak mereka pun dpt berkongsi rasa excited dan seronok semasa bersanding. Yg paling penting mereka masih kekal bahagia.