Cara Semak & Topup Pelaburan ASB Online Melalui MyASNB

By | April 3, 2020

Amanah Saham Nasional Berhad melalui portal rasmi mereka mengumumkan mulai 28 Jun, ASNB akan melaksanakan urus niaga tanpa buku.

Berikut dikongsikan tutorial cara daftar dan semak ASB online melalui portal rasmi MyASNB.

Turut dikongsikan bagaimana anda blh topup / tambah pelaburan ASB anda secara online.

Sebelum itu, pastikan anda baca juga pengumuman rasmi Dividen ASB 2017 sebanyak 8.25 sen sesaham.

Kemaskini: Dividen ASB 2018 telah diumumkan sebanyak 7 sen sesaham.

Cara Semak ASB Online

Utk semakan ASB secara online, anda perlu daftar di portal MyASNB terlebih dahulu. Sebelum daftar, pastikan segala maklumat peribadi anda tepat.

Utk kesahihan, anda perlu kemaskini maklumat peribadi melalui kaunter-kaunter ASNB sama ada di cawangan ASNB seluruh negara atau di ejen-ejen ASNB seperi Pos Malaysia, Maybank, CIMB, RHB dan byk lg.

Langkah-langkah pendaftaran MyASNB:

  1. Pastikan nombor telefon anda dgn ASNB telah dikemaskini
  2. Mulakan pendaftaran MyASNB
  3. Mula melabur dan mengurus pelaburan anda

Portal MyASNB dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ia adalah sebuah platform dlm talian yg mudah yg selamat bg pelanggan ASNB utk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dlm talian di mana sahaja pd bila-bila masa.

Tiada caj tambahan utk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun. yuran produk biasa spt bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, jika ada. Dgn adanya MyASNB ini, ianya memudahkan anda utk:

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi

Anda blh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada: Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 7 petang). Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) Nota : Tidak termasuk hari Sabtu and Cuti Umum.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda blh hubungi bantuan khidmat pelanggan 03-8026 8101 atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

ASB merupakan tabung unit amanah terbesar negara dan kini mempunyai lebih sembilan juta pelabur yg melanggan kira-kira RM143 bilion unit ASB.

Cara Topup / Tambah Pelaburan MyASNB

Utk topup pelaburan anda, sila login ke MyASNB dan click pd bahagian Portfolio.

Kemudian pd bahagian transaksi pilih Pelaburan Tambahan.

Had minima adalah RM100 manakala had maksima sehari RM30,000 sahaja.

Memandangkan prestasi ASB cukup baik sepanjang diperkenalkan, jadi inilah tabung terbaik yg anda blh gunakan utk simpan duit.

Lagi pun pelaburan ASB mudah dicairkan. Pulangan 6-7% setahun sudah cukup baik memandangkan ianya mendapat jaminan kerajaan dan risikonya sangat rendah.

Prestasi Produk ASB

semak asb online

Bg thn kewangan berakhir 31 Dis 2016, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Baca juga: ASB vs Tabung Haji Mana Lagi Bagus?

Pengiraan Dividen ASB 2019

[7.25% + 1.00%] Baca bg faham. Rugi kalau tak ambil tahu.

TAHNIAH Diucapkan pd para Pelabur ASB especially pd yg menggunakan platform ASBF.

  • Dividen: 7.00 %
  • Bonus Dividen: 0.25 %
  • Bonus Ulang Thn: 1.00 % (BARU)
  • TOTAL DIVIDEN (HASIL) = 8.25 %

CONTOH PENGIRAAN

Jika Ali ada ASBF 200K maka jumlah Dividen ASB 2017 beliau:

= ASBF x (Dividen + Bonus) × 12/12
= 200,000 × 7.25/100 × 12/12
= RM14,500

Bonus Ulang Thn ASB

= 10,000 unit pertama (tunai/sijil asbf) x 1.00%
= 10,000 x 1/100 × 12/12
= RM100

Maka secara tak langsung, sejumlah RM14,600 akan dikredit kedalam Akaun ASB Ali.

= (Dividen + Bonus) + Bonus Ulang Thn
= RM14,500 + RM100
= RM14,600

Ali blh mengemaskini penyata Simpanan Unit Amanah beliau utk akaun ASB melalui MyASNB yg dibuat melalui sistem atas talian. (Online)

Penafian:

Pengiraan diatas utk menunjukkan kiraan setahun lengkap pelaburan dlm ASB

Pengiraan Dividen ASB adalah bersifat “Pro Rata Bulanan”. Maksudnya jika kalian baru invest 6 bln setakat thn 2017 ini, maka ayat Matematik [ 6/12 ] akan digunakan dan bukannya [ 12/12 ]

Pengiraan “Bonus Dividen” ASB thn 2017 ini sudah ditukar formatnya, menjadikan pengiraannya spt kiraan “Dividen” yg biasa. Suatu anjakan yg cukup hebat

Trend Dividen ASB

Trend menaik dah tiba masanya. Diharap dan didoakan agar dividen ASB kembali meroket selepas ini. Alhamdulillah. “Pelabur Bijak mulakan sekarang, agar Bijak Dahulu, Bijak Kini & Bijak selamanya..”

Diharapkan perkongsian cara semak ASB online ini dpt memudahkan anda utk menguruskan pelaburan ASB anda pd masa akan datang.