Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

By | April 2, 2020

Memandangkan ramai masih keliru mcm mana caranya utk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan, jadi berikut kami kongsikan langkah demi langkah pengeluaran i-Lestari secara online.

Selain i-Lestari, Kerajaan turut mengumumkan bantuan Prihatin Nasional sehingga RM1,600 yg akan mula diagihkan penghujung bln April nanti.

Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 akan terima BPN secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Semakan status permohonan blh dibuat di portal rasmi BSH bermula 1 April 2020.

Suri rumah pula blh memohon bantuan iSuri KWSP sebanyak RM480 setahun.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari

Tutorial ini dikongsikan oleh saudara Luqman Hariz di Facebook beliau.

1. Sil layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my

2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda. 

Sekiranya terlupa kata laluan, anda blh click “Forgot User ID / Password” utk mendapatkan kata laluan baru.

3. Kemudian pilih “Withdrawal” pd bahagian atas sebelah kanan.

4. Tekan “New Application” utk membuat pengeluaran.

5. Pilih “Withdrawal Type”.

6. Pilih i-Lestari utk pengeluaran RM500 sebulan.

Selain i-Lestari, anda juga blh memohon pelbagai jenis pengeluaran bergantung kepada syarat kelayakan.

Blh rujuk jenis-jenis pengeluaran KWSP di sini.

7. Akaun keluar satu popup notis. Sila click pangkah atau “X”

8. Kemudian click “Next”.

9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yg anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.

10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.

Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yg anda isi.

11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.

12. Kemudian click ✔️ pd ruang checkbok.

13. Klik “Request TAC”

14. Masukkan nombor TAC pd ruangan disediakan dan click “Submit”

15. Siap!

Tahniah, permohonan pengeluaran anda telah berjaya.

Sekiranya perlu, anda blh print permohonan tadi sbg rujukan.