Biodata Usahawan Vivy Yusof, Isteri Fadza Anuar

By | April 4, 2020

biodata vivy yusof 838

Kredit gambar: Instagram Vivy Yusof

    

   
A- 
A+

Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sbg Vivy Yusof merupakan seorang usahawan wanita, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia.

Beliau adalah pengasas produk jenama FashionValet dan Duck.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Vivy Sofinas binti Yusof.
  • Menggunakan nama komersial, Vivy Yusof.
  • Kelahiran Kajang, Selangor pd 11 Disember 1987.
  • Berumur 33 thn.
  • Anak kepada pasangan Yusof Jusoh (bapa) dan Aishah Jelani (ibu).
  • Anak bongsu drpd dua orang adik-beradik. Kakaknya bernama Intan Sofinas Yusof.
  • Bergiat sbg seorang usahawan, personaliti televisyen, ikon fesyen dan pengasas bersama FashionValet dan The Duck Group.
  • Mula mengasaskan FashionValet selepas tamat pengajian di United Kingdom bersama Fadza Anuar yg ketika itu adalah tunangnya.
  • Pd 2012, beliau bersama Fadza merangkul gelaran juara dlm rancangan realiti televisyen, Make The Pitch yg membawa kepada kemenangan berupa pelaburan berjumlah RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, utk kepentingan 30% dlm syarikat itu.
  • Mendirikan rumah tangga pd 2012 dgn Fadza atau nama sebenarnya, Fadzaruddin Shah Anuar yg merupakan rakan sekolejnya dan hasil perkongsian hidup, mereka sehingga kini dikurniakan tiga orang anak iaitu Daniel Azim Shah (lahir 2013), Mariam Iman Shah (lahir 2015) dan Sarah Ilham Shah (lahir 2018).
  • Kemunculannya di layar kaca televisyen menerusi program berkonsepkan realiti berjudul Love Vivy tayangan saluran Astro Ria.
  • Love Vivy mengangkat kisah beliau menjayakan peranan sbg wajah utama dlm dunia fesyen dgn mengusahakan empayar peruncitan dlm talian, FashionValet dan jenama skaf, Duck, selain turut memegang tanggungjawab sbg seorang anak, isteri dan ibu.
  • Love Vivy telah disambung ke musim kedua pd 21 Februari 2017 siaran di saluran TV sama.
  • Laman sosial Instagramnya yg didaftarkan atas nama @vivyyusof sehingga kini mencatatkan lebih 1.8 juta pengikut.

     

Baca: Biodata Fadza Anuar, Suami Usahawan Vivy Yusof

    

Pencapaian

  • Dinamakan sbg Friend of Louis Vuitton.
  • Pernah dipilih sbg penghias muka depan majalah-majalah berprofil tinggi tempatan spt HerWorld, Prestige dan Tatler.
  • Berada dlm senarai Tatler’s 2017 Generation T.
  • Top 50 Rising Tech Stars in Asia.
  • Pernah memasuki media antarabangsa, antaranya BBC, The New York Times dan Forbes.
  • Selepas menulis blog selama lebih sepuluh thn, beliau berada dlm sekelompok blogger terbaik Malaysia yg meraih 250,000 hits bulanan di blog Proudduck.
  • Menjadi antara individu berpengaruh dlm bidang fesyen dan media sosial, kini dirinya sibuk menghadiri acara-acara fesyen yg diadakan di serantau Asia Tenggara.
  • Menyertai Endeavour bersama suaminya sbg orang melayu pertama, iaitu sebuah organisasi global yg “memilih, mentor dan mempercepatkan usahawan berimpak tinggi”.
  • Memasuki senarai Forbes ’30 Under 30′ Asia pd April 2017.
  • Pd 26 Mei 2019, beliau menjawat peranan sbg ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Lain-lain pencapaiannya termasuk pengiktirafan di Bella Business Award 2013, Ikon Wanita Puteri UMNO 2014, Prestige Magazine’s 2015 List of Top 40 Under 40, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee for the Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award from Tribute To Women Malaysia (anugerah ini diberikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah), pencalonan Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017 dan pencalonan Top 5 kategori Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

    

Gambar

vivy yusof 277

vivy yusof uitm

siapa vivy yusof

instagram vivy yusof

keluarga vivy yusof

wikipedia vivy yusof

anak yusof jusoh

suami vivy yusof 536

adik intan sofinas yusof

isteri fadza anuar

Kredit gambar: Instagram Vivy Yusof

      

Video

Kredit video: Responding to your assumptions about me | Vivy Yusof

    

Source:

1. “Love, Vivy” tonjol kehidupan sebenar usahawan online

2. Vivy Yusof selamat bersalin, namakan anak bongsu Sarah Ilham Shah

3. Wikipedia Vivy Yusof