Biodata Penyanyi Aisyah Aziz, Adik Aliff Aziz

By | April 3, 2020

biodata aisyah aziz

Kredit gambar: Instagram Aisyah Aziz

    

   
A- 
A+

Nur Aishah Aziz atau nama pentasnya, Aisyah Aziz merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura yg mula diperkenalkan ke persada hiburan muzik Malaysia selepas tersenarai sbg salah seorang peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013).

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nur Aishah binti Aziz dan menggunakan nama komersial, Aisyah Aziz.
  • Kelahiran Singapura pd 21 Mei 1994. Kini berumur 26 thn.
  • Merupakan seorang penyanyi yg memperjuangkan genre Pop dan aktif dlm bidang muzik sejak thn 2013.
  • Bakatnya dicungkil drpd rancangan pencarian bakat nyanyian, Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013) pd thn 2013 yg meletakkannya di kedudukan keenam sewaktu peringkat akhir. AF2013 antara lain melahirkan penyanyi Hael Husaini, Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Amira Othman.
  • Setakat ini beliau telah merakamkan beberapa buah single hits spt Mimpi, Pilihan Sejati, Tanda Tanya, Senyum Saja (ft. Haikal Ali), Indah Pd Waktunya (ft. Rizky Febian), Bila Entah, Bukalah Matamu (ft. Bunga) dan Sugar.
  • Pernah membintangi drama berjudul Indah Pd Waktunya The Series yg disiarkan secara bersiri di laman video Youtube.
  • Meraih pengiktirafan di Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 dlm kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu), termasuk di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 menerusi kategori Lagu Terbaik APM dan Lagu Terbaik (Singapore).
  • Laman sosial Instagramnya yg menggunakan nama @aisyaah_aziz mencatatkan lebih 277,000 pengikut.

      

Fakta Menarik

  • Abang sulungnya adalah penyanyi Aliff Aziz yg turut sama mencipta nama sbg selebriti.
  • Mula mengasah bakat nyanyian sejak berumur lima thn dgn membabitkan diri menerusi byk pertandingan sehinggalah beliau mencecah usia 11 thn.
  • Seawal kemunculannya sbg selebriti, beliau dikenali sbg ‘Aisyah AF’ dgn mengecapi populariti menerusi lagu pengenalannya yg bertajuk ‘Mimpi’ hasil ciptaan Faizal Tahir dan Omar K.
  • Pernah berduet dgn penyanyi Indonesia, Rizky Febian dlm single yg diberi judul Indah Pd Waktunya
  • Pd 2019, beliau mendapat peluang merakamkan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini berjudul Bila Entah.

    

Gambar

aisyah aziz

adik aliff aziz

aliff aziz

wikipedia aisyah aziz

instagram aisyah aziz

lagu aisyah aziz

Kredit gambar: Instagram Aisyah Aziz

    

Source:

1. Luahan cinta jarak jauh Aisyah Aziz menjadi

2. Aisyah Aziz Tampi Sensual & Klasik Utk ‘Bila Entah’

3. Wikipedia Aisyah Aziz