Biodata Penyanyi Aepul Roza, Vokalis Kumpulan Drama Band

By | April 18, 2020

biodata aepul roza

Kredit gambar: Instagram Aepul Roza

    

   
A- 
A+

Noor Syaiful Mohd Zalaludin atau nama komersialnya, Aepul Roza merupakan seorang penyanyi dan pemuzik yg mula bertapak dlm bidang seni menerusi pertandingan nyanyian realiti, My Starz LG.

Beliau kini dikenali menerusi penampilannya dlm kumpulan Drama Band memegang peranan sbg vokalis.

      

Biodata

  • Nama sebenarnya, Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin.
  • Menggunakan nama pentas, Aepul Roza.
  • Kelahiran Kuala Lumpur pd 19 April 1988. Kini berumur 32 thn.
  • Bergiat dlm dunia hiburan sejak thn 2009 sbg seorang penyanyi dan pemuzik.
  • Menganggotai kumpulan Drama Band sbg penyanyi vokalis.
  • Bernaung di bawah label syarikat rakaman muzik, MVM Production.
  • Bakatnya dikesan drpd rancangan pencarian bakat nyanyian, My Starz LG musim ketiga pd thn 2009 yg mana beliau berada dlm senarai 10 peserta akhir sebelum disingkirkan oleh penonton menerusi undian SMS pd peringkat separuh akhir.
  • Deretan lagu dipertaruhkannya sewaktu berentap di My Starz LG ialah Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir, Dan Sebenarnya (Yuna), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Umbrella (Rihanna), Bencinta (Faizal Tahir), Asmara (Anneke Gronloh), Berhenti Berharap (Sheila on 7) dan 21 Guns (Green Day).
  • Selepas bergelar artis rakaman, antara lagu yg dirakamkannya secara solo termasuk Seharusnya pd 2018 yg mana single ini dimuatkan sbg runut bunyi dlm drama Bahagia Bukan Bidaan. Tidak ketinggalan, single Mencintaimu sbg runut bunyi drama Asalkan Dia Bahagia pd 2019.
  • Kolaborasi secara duet menerusi Selamatkan Aku duet bersama Aweera dan Fiq Halim pd 2017 dan Kenyalang I’m in Love gandingan bersama Mimie Haris utk OST Kenyalang I’m in Love pd 2018.
  • Bersama Drama Band, beliau mempopularkan rangkaian lagu hits spt Babak Pertama pd 2011, Cerita Dia (2012), Jiwa (2014), Biarkanlah (2015), Mencinta Kamu (2016), Drama (2019), Satu Satu (feat AG Coco) dan Kayangan (2020).
  • Mendirikan rumah tangga pd Disember 2014 dgn penyanyi dan pelakon Leez Rosli yg juga bekas calon peserta program realiti Akademi Fantasia musim keempat. Mereka terlebih dahulu menjalinkan hubungan cinta selama tiga thn dan hasil perkongsian hidup dianugerahkan seorang anak bernama Nur Saffiya Alisha pd 2016.

    

Fakta Menarik

  • Memperjuangkan genre muzik Pop Rock dan Indie.
  • Berkebolehan bermain instrumen muzik gitar.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aepul.roza sehingga kini mengumpul lebih 180,000 pengikut.

     

Gambar

aepul roza 495

drama band 381

kayangan drama band

wikipedia aepul roza

isteri aepul roza

instagram aepul roza

umur aepul roza

leez rosli

anak aepul roza

lagu drama band 600

vokalis drama band

Kredit gambar: Instagram Aepul Roza

    

Video

Kredit video: Aepul Roza – Di Penjara Janji (Cover)

    

Source:

1. Drama Band beralih arah

2. Leez belum sedia berlakon semula

3. Wikipedia Aepul Roza