Biodata Mas Khan, Pelakon Drama Bukan Gadis Biasa

By | April 3, 2020

biodata mas khan

Kredit gambar: Instagram Mas Khan

    

   
A- 
A+

Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan atau lebih dikenali sbg Mas Khan merupakan antara pelakon yg memainkan peranan dlm siri adaptasi novel Bukan Gadis Biasa arahan Azman Yahya (Jinggo).

Bukan Gadis Biasa siaran slot Samarinda TV3, antara lain menampilkan pelakon Ayda Jebat, Remy Ishak, Lia Natalia, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Nazim Othman, Zarul Husin, Ozlynn, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Ashhry Atan dan Shajiri.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan.
  • Menggunakan nama komersial, Mas Khan.
  • Kelahiran Melaka pd 10 April 1994.
  • Berumur 26 thn.
  • Kediamannya terletak di Taman Melawati, Shah Alam, Selangor.
  • Bergiat dlm dunia hiburan sbg seorang pelakon sejak thn 2013.
  • Mula meraih tumpuan selepas menjayakan drama kepolisan Gerak Khas menerusi salah satu watak utama bernama Detektif Kamal.
  • Lain-lain lakonannya termasuk siri Roda-Roda Kuala Lumpur (musim 6), Menongkah Kasih, Suri Hati Mr. Pilot, Andainya Takdir 2, Dia Anak Jeneral, Oh My Prince dan Cindai.
  • Tidak ketinggalan, telefilem Misteri Maria termasuk filem Biasan, Abang Long Fadil 2, Busker, Misteri Dilaila dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @maskhan_ sehingga kini mempunyai lebih 150,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.84 meter.
  • Berdarah campuran Melayu, Cina dan Pakistan.
  • Kerjaya seninya bermula selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana beliau mengambil inisiatif menghantar profil ke 20 buah syarikat penerbitan, sebelum dilamar produksi Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.
  • Turut menyimpan bakat terpendam dlm bidang nyanyian menerusi penyertaan dlm kumpulan Carla yg juga disertai Ariff Aziz, Niel dan Joan Allan, di bawah pengurusan Runaway Productions milik Awi Rafael dan Warner Music.
  • Keluarganya adalah pemilik Homestay ‘Masbro Village’ yg terletak di Paya Rumput, Melaka yg pernah menjadi tular dan dinobatkan sbg homestay ketiga tercantik di Asia.
  • Pernah digosipkan bercinta dgn bekas finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera dan aktres Lana Nordin.
  • Dikatakan sbg anak emas syarikat produksi Skop Production Sdn Bhd.
  • Bapanya merupakan kawan baik kepada penerbit Datuk A Aida.
  • Lebih meminati bidang seni suara, namun begitu rezekinya berpihak dlm dunia lakonan.

    

Gambar

mas khan

instagram mas khan

sinopsis bukan gadis biasa

wikipedia mas khan

adik beradik mas khan

mas khan keluarga

profil mas khan

kekasih mas khan

Kredit gambar: Instagram Mas Khan

    

Source:

1. Mas Khan lebih yakin

2. Anak ikan? Merepeklah – Mas Khan

3. “I Don’t Need Third Party In My Relationship ..” – Fazreen Fazera Putus Cinta Dgn Mas Khan

4. Mas Khan tak nak buka aib sesiapa, enggan ambil tahu mengenai Fazreen lg

5. Produksi Indonesia

6. Wikipedia Mas Khan

7. Mas Khan Kekasih Baharu Lana Nodin

8. Homestay Unik Di Melaka Rupa – rupanya Kepunyaan Keluarga Mas Khan